Powered By Blogger

Followers


Friday, September 9, 2011

Dia JodohKu?? (3)


7/9/2011 (Rabu)
Dicapai lalola di tepi katilnya..

7/9/2011
Mak, kak Ngah letih sangat2 minggu ni, tapi yang paling letih adalah. “letih perasaan” entahlah mak… dah memang perangai kak Ngah macam ni.. tak pandai nak sorokan air muka ni… walaupun kak ngah dah try senyum.. tapi kak ngah hanya mampu hadiahkan senyuman hambar… kak Ngah tak nak sedihkan mereka yg disisi.. berduyung2… dugaan datang mak.. Allahu akbar..L
p/s: hanya pelukan mak mampu meleraikan kehibaan ni L

sambil tangannya menyapu air mata yang mengalir.

“Ya Allah, kuatkan alisya…”   “Ya Allah, kuatkan alisya…”

Hatinya merintih hiba,

Alisya diperhatikan Efa dan Lia disudut katil tanpa disedarinya dari tadi.
mereka turut menyambut kesedihan sahabatnya… namun, dibiarkan sahaja si Alisya disitu tanpa disapa.. dibiarkan angin malam menyapu muka sahabatnya itu.. itulah rutin sahabatnya disaat kesedihan menjemputnya..

Alisya seorang yang kuat, malah dialah yang menjadi kekuatan sahabatnya dikala mereka dilanda kehibaan… 
namun, entah apa masalah yang membelenggu sahabatnya kali ini.. kelihatannya Alisya tidak begitu riang seperti biasa.. senyuman yang dihadiahkannya juga hambar… malah hilang gelak tawanya diruang kamar itu.. 
dia seperti orang yang kalah dimedan peperangan… semangatnya juga turut tenggelam bersama kesedihannya…kebiasaanya mereka pasti tak kering gusi dengan lawak si Alisya.. 
niat hati mereka ingin bertanya, namun setiap kali dia ditanya..pasti  hanya senyuman sebagai jawapannya.. 
jadi mereka biarkan sahaja Alisya menyelesaikan masalahnya.. pastinya Alisya lebih matang dalam menyelesaikannya.. dan yang pasti si Alisya bukannya orang yang mudah mengaku kalah.. 
dia pantang menyerah, meskipun halangan yang dihadapinya mampu melumpuhkan semangatnya… itulah yang membuatkan mereka kagum dengan Alisya.. kerja-kerja yang diamanahkannya , tidak pernah terabai.. dia tidak gemar menangguhkan setiap kerjanya… didahulukan mana yang penting.. meskipun, kadangkala melihat kepenatan tergambar pada wajahnya.. namun, dia menghabiskan setiap kerjanya dengan 
senyuman.. penatnya hilang bersama tanggungjawabnya..  

Alisya, berjalan perlahan kearah mereka.. dengan senyumannya.. disembunyikan kesedihannya..

“Lia, Efa… lapar tak?” sapanya.. lembut

“hahhahahah….” Mereka menyambut soalannya dengan ketawa..

Mana tak nya… satu perangai Alisya yang tak kan pernah berubah.. kesedihan tak mampu menghilangkan seleranya….alahai, si Alisya ni..
Kelihatannya..Alisya sepertia biasa.. tak pernah meninggalkan buku catatan hariannya… “Trans formers” pmberian sahabat baiknnya Izrien..
Dicatat sesuatu di situ..

TASK for TOMORROW…8/9/2011 (khamis)

  1.        Print article Islamic , then jangan lupa cop (done)
  2.        Setlekan kerja IT.. (done)
  3.        KOPUN… (done)
  4.        kemas meja… (not yet)




Bersambung………

Tuesday, September 6, 2011

Dia JodohKu?? (2)


4/9/2011-Ahad

Tepat jam 12 malam, penggera di henset pinknya bergetar…

“hari lahir BONDA”    “hari lahir BONDA”

Cepat2, jari ni menaip di perut hensetnya..

“Assalamualaikum, ibu… Selamat hari lahir ibu, moga ibu makin cantik setiap hari..cantik luar dan dalam..Kak Ngah sayang ibu dunia dan akhirat, kak ngah bertuah dapat ibu yang macam ni, segalanya untuk 
anak2..kak ngah tak ada kat rumah, ibu jaga diri yer..sayang Ibu..”

tuuuuuuuuuut……………tuuuuuuuuuuuut………

“waalaikumusslam, Terima kasih kak Ngah, ibu pun sayang kak Ngah.. kak Ngah jaga diri yer..”

Lalu dia membuka diari kecilnya.. (lalola), entah kenapa nama itu yang terukir disaat dia terpandang diari itu di kedai buku 2 tahun lepas.. 
Diselak perlahan lembaran isi lalola…
 tangan nya menulis sesuatu disitu..

(4/9/2011)

“ibu, selamat hari lahir ibu… kak Ngah rindukan Ibu… kak Ngah tau, ibu mesti bosan duk rumah sorang2.. anak ibu semua dah besar.. Adik Su dah balik matrik.. tinggal ibu sorang2.. maafkan kak Ngah ibu.. kak Ngah tau, Ibu sedih masa hantar kak Ngah dengan Adik Su tadi..nanti cuti sem kak Ngah balik yer ibu, kak Ngah bukan tak nak balik cuti hujung minggu… Tapi nanti, kalau kak Ngah balik, mesti kak Ngah sebak nak tinggalkan Ibu.. sebab Tu kak Ngah jarang balik hujung minggu..”
“p/s: kak Ngah saaaaaaaaaaaaaaaayang Ibu…”


Diselitkan lalola di Almari, bimbang jatuh ke tangan yang lain… malunya tak terkira.. segala isi hatinya disitu.. geram,suka dan duka..segalanya terukir dilembaran itu.. apalagi tentang “sahabatnya”…

Renioun???

Apa yang berlaku masa tu?… gesa Efa dan Lia, beria benar sahabatnya itu menyoal..

“sedih”.. hanya itu yang terkeluar dari mulutnya..

Alah kenapa? Makin galak meraka bertanya..

“orang yang ditunggu tak kunjung tiba” balasnya lambat-lambat

“Alah sedihnya… tak romantik lah kisah korang berdua ni, banyak sangat halangan” sambut Efa pula.

“tu lah kan, dan 2tahun Ma Tak jumpa dia..mana tak sedihnya..” balas Lia.

“mungkin dia bukan jodoh Ma kot..dan mungkin ni, satu petunjuk dariNya, supaya lupakan dia..siapa tahu??” balasku sambil cuba mengawal suara sebakku..

“sabar yer, kan Ma selalu ingatkan setiap yang berlaku ada hikmahnya.” Balas Lia dan Efa serentak.

Diselak lembaran lalola bertarikh 2/9/2011

“SEDIH…………”

Hanya sepatah yang tercatat disitu.. pilu benar hatinya.. Hanya Dia yang Maha Memahami.. entah kenapa, 2 tahun masa berlalu tak dapat mengubah hatinya.. wahai Alisya Maisarah, namun panggilan ini jarang digunakan dikalangan rakannya.. mereka lebih gemar memanggilnya dengan nama singkatan “Ma..”  dan hanya “sahabatnya” yang akan memanggilnya dengan nama Alisya,

“kenapa awak panggil kita dengan nama ni?” soalnya

“kenapa awak tak suka?” balas sahabatnya

“tak adalah, Cuma kita pelik.. semua kawan2 yang lain panggil kita dengan nama Ma .. tapi awak..........,” ayatnya tergantung disitu.

“Tapi apa wahai cik Alisya?” sambil tersenyum… hampir2 tenggelam matanya..

“ APEK” hahahhah… ketawa Alisya pecah..

Hanya itu kenangan terakhir mereka, setelah habis SPM ..mereka membawa haluan sendiri.. dah pada hari terakhir di situ, Alisya terpaksa bergegas pulang dek kerana bapa saudaranya diserang Strok.
Hanya SMS pengirim dirinya..

“Apek, good luck Untuk result SPM…” –Alisya

“budak tembam, Thanks.. jugak.. J” - sahabatnya

Alisya tak tahu isi hati “sahabatnya” namun, Alisya yakin dengan isi hatinya.. dari tingkatan 3 lagi dia sudah terpaut pada peribadinya.. namun , dipendamkan isi hatinya itu.. kerana dia tidak mahu merosakan nilai persahabatan yang sedang terjalin..

bersambung........ 

Saturday, September 3, 2011

Dia JodohKu?? (1)


1/9/2011-khamis

Matanya masih terpaku pada skrin lappy nya… melirik lembut pada “hadiah” pemberian sahabatnya.. ada ketika dia tersenyum sendiri menampakan lesung pipit di kedua-dua pipi tembamnya.. ada ketika pula, dia serius mengamati cerita yang disampaikan.. suka benar dia dengan “hadiah” pemberian sahabatnya.

kak Ngah………….oooooooh, Kak Ngah………


tersentap dengan laungan itu.. bersegera dia berlari mendapatkan ibunya..


“yer, Ibu…kenapa?? Ibu rindu kak Ngah yer??” sambil tersengih-sengih


“bukan Ibu yang rindukan kak Ngah, tapi si pinggan mangkuk ni yang teramat rindukan tuan dia..” seraya jari telunjuk ibu diarahkan ke sinki…


“oooooooo, mereka rindukan kak Ngah yer… kejap lagi, kak Ngah belasah satu-satu..” serentak ketawa dua beranak itu pecah..


selesai membelasah pinggan dan mangkuk di singki, dia berlalu ke bilik menyambung kembali ceramah Ustaz Azhar yang ditatapnya tadi..

tuuuuuuuuuut……………tuuuuuuuuuuuut………

terpampang laju dikrin hensetnya, 1 message received
tanganya malas-malas menekan button ,

“Ma, esok ada Reunion budak2 sek dulu.. jom join” – Sal

Laju jari jemarinya membalas…..
“nak…….nak……. yahooooo” – Ma

“ok, esok orang datang ambik Ma ye” –Sal

“Ok2, Tq Sal… hihihih” –Ma

Seakan sahabatnya itu mengerti, kesukarannya bergerak bebas tanpa 
Motor disisi…

Jam berdetak 11 kali.. seharusnya, diwaktu ini dia sudah dibuai mimpi.. namun, mengapa malam ini matanya gagal dipejamkan.. mindanya masih berjalan mengimbau kenangan silam.. rindunya pada sahabat-sahabat membuak-buak… namun, ada satu soalan yang bermain di mindanya.. dapatkah mereka menerima perubahannya??? Ya Allah, takutnya…esok, dalam kegembiraannya menanti pagi menjelang.. debarannya makin kuat berpaut…

Bersambung………….





Thursday, August 4, 2011

samarkannya dari ingatanku...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah......maceh..........maceh........maceh..... 
kepada sahabat2 yang tolong ingatkan risma akan tarikh azimat  nie..  ~~ 4.8.2011 ~~


biarkan rahsia ini... kekal bersemadi di hati ini...
biarkan rahsia ini... berlalu seiringnya waktu...
biarkan rahsia ini... luput dari ingatan ku...
bukan niat untuk berahsia... 
namun melakarkannya menghiriskan kalbuku...
detik dan waktu ini... ingin sahaja ku menangis..
teresak2 disudut kamarku...
menanti pujukan si ibu... 
menanti belaian si bapa...
namun........
pantaskah daku membuatkan hati meraka terusik..
pantaskah daku membebani fikiran meraka...
risma..........sayang.... 
bermulanya detik ini... kamu sudah dewasa...
pantasnya, memiliki hati yang teguh...
pantasnya, memiliki fikiran yg matang...
berlajarlah berdikari... belajarlah menyendiri...
belajarlah mengubati lukamu sendiri
dan, belajarlah menerimanya dengan hati yang ikhlas..:)




p/s: wahai hatiku... pujuklah dirimu.... pujuklah semangatmu... pujuklah gigihmu... meskipun , tarikh ini menyimpan seribu kenangan.. biarkan ia berlalu meninggalkanmu... biarkan kesakitan masa lalu beralih darimu.. InsyaAllah, damai pasti menantimu...


tangisanmu... air mataku...:(

Assalamualaikum.... 


terbang mencari dirimu.... sahabat (nurkilan khas untukmu... Farah Fazilah Hamzaini )


hargai titisan air matamu dik....
gugurkan lah ia pada tempatnya...
andai dengan titisan yg membasahi pipimu itu... 
mampu meleraikan gelisah dihatimu.... biarkan ia berlalu...
namun bina kembali kekuatanmu..disebalik titisan yang mengalir...
pautkan kembali semangatmu... sematkan kembali tekadmu...
perjuangan kita disini baru berdetik...
biarkan ia bermula dan berakhir dengan senyuman...:) 





p/s: meskipun persahabatan kita baru berputik... namun kak 
risma percaya, setiap yang berlaku ada ikhmahnya...
kak risma siap meminjamkan bahu untukmu... bersandarlah padaku... insyaAllah.... daku akan sentiasa menjadi pendengar setiamu...


  


jika saat ini dikau sedang bersedih... 
ketahuilah.... daku turut terasa tempiasnya...
jika saat ini dikau sedang gelisah....
ketahuilah.... daku turut merasakannya....
jika saat ini dikau sedang diuji...
ketahuilah....daku turut dibebaninya....



Angin sampaikan Rindu ku....

Assalamualaikum....


"wahai sang bayu....sampaikan rinduku padanya..."


pada siapa risma???? entah, andai ditanya pada hati... pasti daku hanya mampu tersenyum... Ya Allah....


diamlah, andai tika ini cinta mula berlabuh dihatimu...
diamlah, andai tika ini hatimu berdetak kencang....
diamlah, andai tik ini nafsu membatasi akal....
diamlah, andai tika ini ia hadir tanpa disedari...




bukan dipinta perasaan ini hadir.... jauh sekali mendambakannya... 


permata yang dicari... (lagu yg sentiasa mekar di bibir.. tika memori ini meninjau jasadmu....)


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Friday, June 17, 2011

PerSoalAN..........!!!!

Assalamualaikum....
     
    jom... pakat hayati bait2 kata yang risma dapat dari satu blog...:) 






Satu soalan buat hawa:
adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu jawapan dari adam:
seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.



credit to this blog...:) 
 jika dulu, yer.. risma akui... risma selalu akan up todate.. dan tak pernah rasa puas.. dengan selendang2 yang ade... dan kadang2 berasa rendah diri bila tak dapat berdiri sama tinggi dengan kawan2... 


 namun.... alhamdulillah... setelah mula berhijrah ke tudung labuh... diri ini selesa dengan baju kurung... dan tudung labuhku... malah... rasa lebih yakin dengan diri... syariat... dah peraturan Allah itu... ada ikhmahnya... :) 


p/s: belum cuba belum tau... nikmatnya ditutupi ......... jom sama2 jaga aurat kita.. khas hanya untuk suami tercinta...:)

Wednesday, June 15, 2011

♥ love in a blue time ♥

Assalamualaikum.... 
    cepat2 ..... hihihi... curi2 mase kejap...dalam 5 minit... nape???? 


 malam ni ade kelas law.... so... patutnya , time nie dah siap2 mandi... kelas pukul 8.15 malam... emm   
     ♥ love in a blue time ♥
aik....apa love2 nie... dilamaun cinta ker??? hahahah.... tak de lah.. tu tajuk novel yang risma pinjam kat perpustakaan tadi... ehem3... first time kot... try bace novel bahasa inggeris ni... entah berapa hari lah baru boleh khatam... takpe2... usaha sayang... nak pandai.. kena usaha... kan2...:) 

sayang.....jangan dinanti bulan jatuh keriba...:)

Assalamualaikum...:) 






salam rindu untuk sahabat2 risma.... moga ceria2 selalu... risma curi2 masa sekejap,, tuk blog... entah lah... risma rindu kalian.. emm... esok risma ade kuiz law yang pertama.. subjek ni... agak mencabar untuk orang yang macam risma ni... mungkin pada kawan2 yang lain... bagaikan kacang jer kot.. hihih.. tapi bagi risma ia bagaikan kulit. hihih... pe2 pn.. malam nie... nak kena stay up... tak boleh main2 lagi... permulaan yang baik... menjamin ...kejayaan yang gemilang.. 


p/s: doakan risma sahabat... sebenarnya... makin membusy kan diri.... makin hilang rasa "penantian " padanya... semalam.. dah hantar buku novel tu.... insyaAllah lepas ni.. akan menjadi peminat setia perpustakaan... hahahah...peminjam tegar lah lepas ni:)

Tuesday, June 14, 2011

terjaga dari mimpi yang panjang....:)

Assalamualaikum....
         "cerita dari hati"....
     novel yang risma pinjam dari perpustakaan semalam... benar2 membuatkan hati kecil ini terpukul... menatap bait2 kata dari novel itu... benar2 membuatkan risma sebak... namun tangisan ini bukan kerana sinopsis cerita cinta ini... 
    tetapi........... 


"ya Allah, Futhurnya aku padaMu.... 


Aku melebihkan sayang pada hambaMu....


dari sayangMu padaku..... 


Ampunilah aku Ya Allah... 


aKU LEMAH kerana cinta seorang hamba....


bantulah aku dalam menuju kejalan kasihMu..."










p/s: Risma benar2 terpukul dengan bait2 kata


 ini....malu benar padaMu ya Allah...semoga


cinta pada "sahabat" yang bersarang dihati 


ini.. dihapuskan...setelah khatamkan novel 


ini.. Risma nekad...untuk memadamkan segala 


memori  tentangmu "sahabat" so... terpadamlah 


segala contact yang menghubungkan kami.. yang 


masih tinggal hanyalah facebook risma...


risma sayang nak deactivated kan facebook tu.. 


ramai sahabat disitu... so, biarkan ia kekal 


disitu...kuatkan Risma Ya Allah... dalam 


mengejar cintaMu...hapuskan bisikan2 yang akan 


melalaikan Risma kepadaMu..:)

Friday, June 10, 2011

LIST !!!!! 2011...

Assalamualaikum.... 
 jom.... risma selidik "list of your dream!!"


   

  1. kurus untuk sihat,bukan kurus untuk cantik.
  2. Dekan!!!!
  3. lengkapkan diri dengan ilmu dunia & akhirat.
Alhamdulillah.... 1/4 dari list diatas.. sedang digengam... baki 3/4 lagi... sedang dicapai... insyaAllah.. sebelum raya tahun ni.. pasti disempurnakan.. :) :)

p/s: pasti ada yang tertanya2 mengapa CINTA... tak de dalam list risma... hihihihi... sebab, sekarang.. Risma tak nak lagi soal hati menjadi matlamat risma... biarkan "sahabat" risma berlalu... seperti katanya... "andai ia jodoh kita.... pastinya ia akan kembali..." insyaAllah... perancangan Allah itu yang TERBAIK.... so..... risma mula tersenyum sekarang... sebelum meminta yang soleh... pastinya Risma perlu menjadi yang solehah dahulu... insyaAllah..:)

terubat RINDU!!!!!

Assalamualaikum....



     Alhamdulillah... terubat juga rindu padamu... sahabat, syuhailah.. atau lebih manis dipanggil syu.... dan imanee.... satu jam bersama kalian tadi... benar2 mengubat rindu dihati... sudah lama merancang... namun, baru sebentar tadi.. di dapat ketemu.. masa berlalu seperti mencemburui ... kita.. insyaAllah... dipanjangkan umur... semoga kita dipermudahkan... sebenarnya banyak lagi cerita yang nak dikongsi bersama.. hihihih.. namun tak sempat sayang... 

p/s: Risma sayang kalian berdua... kalian sentiasa dihati Risma...:)

Wednesday, June 8, 2011

bermula dari awal......:)

Assalamualaikum....




hanya lafaz Allahmdulillah... dan terima kasih sahajalah yang mampu Risma luahkan tadi..... 


     pagi tadi lepas kelas finance...risma dan kawan2 berlalu pergi ke bilik pensyarah... syukur punya kawan2 seperti mereka.. sanggup temankan risma...susah dan senang, dengan izin Allah... niat risma nak masuk kelas mengaji dan fardu ain. .. Allahdulillah telah dipermudahkan.. bermula Ahad dan khamis minggu depan... Risma akan mula belajar kelas yang pertama dengan ustazah hazmariah... di pusat hidayah... setiap pukul 3.30 petang... dua kali seminggu..... semoga dgn permulaan ini, risma dapat memperbaiki bacaan Al-Quran risma...


p/s: alhamdulillah, setelah mula berjinak2 dengan tudung labuh sekarang.. risma jadi lebih kuat, seperti ada satu kekuatan yang memberanikan risma menghadapi kenyataan yang pengorbanan itu sangat2 manis... risma tak nak malukan sahabat2 yang bertudung labuh... jadi mulai sekarang risma berlumba2 memperbaiki diri... luar dan dalam... insyaAllah... moga perasaan riak jauh dari hati ini...:)

Monday, June 6, 2011

risma hanya ada dia sorang jer....:(

Assalamualaikum....


    betul2 tak de mood .... minggu ni.... namun, perlu kuatkan diri... sekuatnya... dua hari lagi, dia akan berlalu pergi.. sebak juga hati ni nak lepaskan dia... pi utara tu.... perlis lagi... tempat yang selama ni  risma duk beragan2 nak sambung belajar kat sana.... tak per lah .... InsyaAllah lain kali..pasti Risma jumpa dia lagi.... Dia sorang jer yang risma ada... tak kan berganti.. pasti rindukan dia nanti, selama ni... kami dah macam belangkas... pi mana2 sama.... sedih ....suka... sama2... tiba2 nanti, dia dah hilang dari pandangan... sebak2... pe2 pon.... kakak doakan adik... berjaya di sana.. jangan sia2kan... harapan keluarga....

p/s: jangan nakal2 kat matrikulasi perlis sayang... 
akak sayang awak sangat2 .... tak akan ade sesiapa mampu ganti awak... akak pasti rindukan awak....:( ya Allah... kuatkan hati kami.... biarlah kami bertemu dan berpisah kerana Mu..:)

Sunday, June 5, 2011

Risma love UTARA....:)

Hikayat Abu Nawas – Asmara Memang Aneh

Secara tak terduga Pangeran yang menjadi putra marikota jatuh sakit. Sudah banyak tabib yang didatangkan untuk memeriksa dan mengobati tapi tak seorang pun mampu menyembuhkannya. Akhirnya Raja mengadakan sayembara. Sayembara boleh diikuti oleh rakyat dari semua lapisan. Tidak terkecuali oleh para penduduk negeri tetangga.
Sayembara yang menyediakan hadiah menggiurkan itu dalam waktu beberapa hari berhasil menyerap ratusan peserta. Namun tak satu pun dari mereka berhasil mengobati penyakit sang pangeran. Akhirnya sebagai sahabat dekat Abu Nawas, menawarkan jasa baik untuk menolong sang putra mahkota.
Baginda Harun Al Rasyid menerima usul itu dengan penuh harap. Abu Nawas sadar bahwa dirinya bukan tabib. Dari itu ia tidak membawa peralatan apa-apa. Para tabib yang ada di istana tercengang melihat Abu Nawas yang datang tanpa peralatan yang mungkin diperlukan. Mereka berpikir mungkinkah orang macam
Abu Nawas ini bisa mengobati penyakit sang pangeran? Sedangkan para tabib terkenal dengan peralatan yang lengkap saja tidak sanggup. Bahkan penyakitnya tidak terlacak. Abu Nawas merasa bahwa seluruh perhatian tertuju padanya. Namun Abu Nawas tidak begitu memperdulikannya.
Abu Nawas dipersilahkan memasuki kamar pangeran yang sedang terbaring. la menghampiri sang pangeran dan duduk di sisinya.
Setelah Abu Nawas dan sang pangeran saling pandang beberapa saat, Abu Nawas berkata, “Saya membutuhkan seorang tua yang di masa mudanya sering mengembara ke pelosok negeri.”
Orang tua yang diinginkan Abu Nawas didatangkan. “Sebutkan satu persatu nama-nama desa di daerah selatan.” perintah Abu Nawas kepada orang tua itu.
Ketika orang tua itu menyebutkan nama-nama desa bagian selatan, Abu Nawas menempelkan telinganya ke dada sang pangeran. Kemudian Abu Nawas memerintahkan agar menyebutkan bagian utara, barat dan timur. Setelah semua bagian negeri disebutkan, Abu Nawas mohon agar diizinkan mengunjungi sebuah desa di sebelah utara. Raja merasa heran.
“Engkau kuundang ke sini bukan untuk bertamasya.” “Hamba tidak bermaksud berlibur Yang Mulia.” kata Abu Nawas.
“Tetapi aku belum paham.” kata Raja.
“Maafkan hamba, Paduka Yang Mulia. Kurang bijaksana rasanya bila hamba jelaskan sekarang.” kata Abu Nawas. Abu Nawas pergi selama dua hari.
Sekembali dari desa itu Abu Nawas menemui sang pangeran dan membisikkan sesuatu kemudian menempelkan telinganya ke dada sang pangeran. Lalu Abu Nawas menghadap Raja. “Apakah Yang Mulia masih menginginkan sang pangeran tetap hidup?” tanya Abu Nawas.
“Apa maksudmu?” Raja balas bertanya.
“Sang pangeran sedang jatuh cinta pada seorang gadis desa di sebelah utara negeri ini.” kata Abu Nawas menjelaskan.
“Bagaimana kau tahu?”
“Ketika nama-nama desa di seluruh negeri disebutkan tiba-tiba degup jantungnya bertambah keras ketika mendengarkan nama sebuah desa di bagian utara negeri ini. Dan sang pangeran tidak berani mengutarakannya kepada Baginda.”
“Lalu apa yang harus aku lakukan?” tanya Raja.
“Mengawinkan pangeran dengan gadis desa itu.”
“Kalau tidak?” tawar Raja ragu-ragu.
“Cinta itu buta. Bila kita tidak berusaha mengobati kebutaannya, maka ia akan mati.” Rupanya saran Abu Nawas tidak bisa ditolak. Sang pangeran adalah putra satu-satunya yang merupakan pewaris tunggal kerajaan.
Abu Nawas benar. Begitu mendengar persetujuan sang Raja, sang pangeran berangsur-angsur pulih. Sebagai tanda terima kasih Raja memberi Abu Nawas sebuah cincin permata yang amat indah.

(SELESAI)
sumber: 
Pendongeng Indonesia Yang Senantiasa Memberi Ceria Memberi Makna

Thursday, June 2, 2011

"sahabat baru"....:)

            ASSALAMUALAIKUM....






malam ni.. risma sedikit mengantuk.. esok ada kelas pukul 8 pg, so... sepatutnya pukul 12 tadi dah tidur... tapi digagahkan mata ni.. mencatat... sedikit "peristiwa" yang "bersinar" pada malam ni... insyaAllah... masa duk sibuk2 tengah makan meegi dengan zek dan alya, tiba2 risma dengar pengumuman..


"perhatian kepada para pelajar, pada malam ini akan diadakan solat hajat dan solat berjemaah untuk magrib dan isyak, para penghuni dijemput hadir.."


so... dipendekkan cerita, berjemaah lah risma yang pertama di surau asrama malam tu, namun Allah maha besar, sebelum Risma solat risma berniat,


"ya Allah,permudahkanlah bagi diri ini dalam menuju kejalanMu.."


masa nak angkat takbir untuk solat magrib tu, risma dah rasa lain... macam terketar2... then, selesai solat magrib... masa nak aminkan doa... tiba risma jadi sayu, sebak.... dan terus air mata ni mengalir tanpa disedari... (sahabat perempuan kat sebelah dah pandang2... mungkin dia terkejut kot, nape lah budak ni tiba2 nangis....)

sekali lagi risma mengalir air mata tanpa sedari.... laju jer.... masa tengah aminkan doa solat hajat...


sementara.. tunggu solat isyak, kami di isi dengan sedikit tazkirah... dan tajuk yang diutarakan malam tu... tepat2 kena melekat kat hidung ni... pasal bertaubat sebelum ajal menjemput... tak semene2... jatuh air mata kat pipi.... semua sahabat2 dalam bulatan tu... dah terkejut tengok risma... tapi, mereka buat muka biasa... ,mungkin diorang tak nak memaksa risma untuk bercerita.... risma kagum dengan mereka....


dan...... Allah Maha besar, masa aminkan doa solat isyak pon, risma menitiskan air mata lagi... sebak.... tiba2, selesai solat isyak.. ada sorang sahabat ni... dia ketua kat surau tu... dia tanyer risma;


"awak ok tak??"


 risma terus cakap; 


"saya mintak maaf, boleh tak saya nak ambik masa awak sekejap.. nak cakap sesuatu"


then, bila semua dah keluar meninggalkan surau, risma pon mula lah bercerita dari 
A to z......... bla.........bla.........bla....sambil tahan sebak.... mata dah merah... air mata tak payah cerita lah... dah bertitis2 jatuh... malam tu, rasanya mata risma ni dah macam kilang air mata dah.... Ya Allah... risma malu padaMu ya Allah...... malu sangat...
kami bertukar nom fon... dan Allahdulillah, dengan izin Allah... dia cakap.. dia akan berusaha membimbing risma kearah muslimah sejati... melalui seorang kawannya yang dikenalkan sebagai  kak Atirah...   
dia cakap,kak Atirah lagi layak dan berpengalaman... Risma bersyukur Ya Allah... bersyukur sangat... dipermudahkan urusan menuju kejalanMu... 



Tuesday, May 31, 2011

terima kasih ya Allah...:)

assalamualaikum.........




 alhamdulillah... hari ni Risma masih diberi peluang untuk menaip... risma rindukan blog ni.. tapi beberapa hari ini.. agak sibuk, tak tahu nak mula cerita dari mana... rasa nak menagis pon ada.. hanya tanda syukur mampu Risma panjatkan kepada Mu wahai kekasih hatiku... Ya Allah.... (sebenar Risma malu nak memanggil Mu dengan panggilan kekasih hati risma, tak layak ya Allah... namun Risma akan berusaha ya Allah.)


hari pertama di kelas... mulanya risma takut sangat nak masuk ke kelas.. risma pi kelas dengan kawan2 risma, zek, alya, izrin.. masa nak sampai jer kat depan pintu, risma macam nak rebah pon ada... risma tarik tangan izrin, risma cakap:
" izrin, risma takut... tak nak masuk kelas" 
then, sampai kat dalam kelas... risma tak berani pandang muka diorang... (dalam hati, macam mane lah reaksi diorang) 
kemudian, bila sorang kawan sekelas tanyer,
" risma memang nak pakai tudung labuh ker sekarang? "
Risma hanya senyum, dan jawab ye..
alhamdulillah. ... mereka semua boleh terima risma, cuma terdengar suara2 sumbang.... mendayu2 kat belakang.... 
"Hajah risma!!!!" "hajah risma!!!" .... 
risma langsung tak berpaling.... bukan risma marahkan dia ... tapi tak sesuai tuk dapat gelaran semulia tu... sedangkan baru jer berjinak2 bertudung labuh.... masih banyak lagi ilmu yang risma tak tau... mengaji pon risma tergagap2... nak jadi imam untuk solat pun risma masih tak yakin....  dan malam tadi... masa risma kat kedai makan terserempak dengan sorang budak laki kelas risma... perkataan pertama yang keluar kat mulut dia...
" alim ah ".......... "alim ah".....
masa tu tuhan jer tau... ya Allah... semoga dikuatkan hati ni... moga istiqamah.... risma tau, siapa risma... risma tak layak tuk sarungkan tudung labuh ni.......... risma bukan anak ustaz... risma bukan anak haji........ tapi risma bersyukur diberikan hidayahmu... dengan permulaan hijran ini.... risma makin tenang...... rasa selamat... satu perasaan yang tak dapat digambarkan.... terima kasih ya Allah... kerana memilih risma.... risma akan berusaha seiringkan penghijrahan ini..:) insyaAllah.....

Wednesday, May 25, 2011

"perubahan"

Assalamualaikum….
28 ni… risma ada jejak kasih dengan kawan2 sekolah mengah dulu… tapi masalahnya… yang duk bermain2 kat fikiran risma sekarang… dapatkah mereka semua terima “PERUBAHAN” risma sekarang….
Sudikah mereka berjalan seiring dengan risma???
Malukah mereka dengan “perubahan “ risma ni…??
Dan yang pasti… bagaiman persahabatan kami selepas ni…??
Ya Allah… risma mula takut…… atau cara yang lebih baik… batalkah temujanji itu…… tapi, risma rindukan mereka…. Rindu benar pada mereka… sudah dua tahun tidak ketemu… hanya sekadar berbalas msj dan panggilan sahaja…
Ye…. Risma sedar… risma mungkin akan dipandang serong dengan “perubahan” ini… dan pasti berjuta persoalan akan terluah… mengapa?? mengapa??? Dan mengapa??? kerana “perubahan “ ini mungkin tidak layak untuk orang seperti risma… namun risma melakukannya… keranaMu ya Allah…. Kuatkanlah hati ni… dengan istiqamah dalam “perubahan “ ini… J

pengajaran bermakna....

Assalamualaikum…

Gempak…….gempak……memang gempak…. Result kali ni… memang hahahahah..rasa macam nak bergolek 10 kali kat lantai……..  pointer sem ni… teruk jatuh…….. dan secara langsung CGPA akan tertarik sekali… maafkan saya wahai CGPA ku……… saya pon tak sangka rupa2 nya mulut saya ni “MASIN” bebenor…….. 

Imbas kembali…
Selepas selesai exam statistic hari tu……… saya balik dengan muka seposen…. Dah sampai bilik… budak2 bilik Tanya,
“hah… macam mane risma?? Boleh jawab tak exam”
Saya pon dengan muka kelat… laju jer jawab;
“ Risma lagi rela repeat statistic, daripada Risma dapat C !!!”

Dan AKHIBATNYA!!!!!
Allah swt betul2 makbulkan doa Risma….
Malam tu, dalam pukul 12.15… tergerak pulak hati nak on facebook. Maka saya tanpa segan silu..terus jer on facebook…. TUP……TUP….. ade lah terbaca kat STATUS kawan ni.. dia tulis… “RESULT dah kuar”
Saya pon dgn berat hati bercampur takut…… pi lah kat student portal… kuar lah result depan mata….. sebelum tekan show tu… jantung tak payah ceritalah……dah macam terhenti……… THEN,

Tengoklah…dari atas….. subjek pertama : LU (lulus)
Semua subjek dapat :LU…. Masa tu… dah tekup tangan kat muka dan  say “Alhamdulillah”…….. TIBA2… mata ni… focus lah pada subjek yang list dia paling bawah sekali….. iaitu STATISTIC…….. tertulis kat situ…
STATISTIC :GA (gagal)

Masa tu………….. tuhan jer tau….nak nangis dah tak mampu…… nak bergolek2 lagi lah tak terdaya……so…. Lepas tu, terus tutup laptop.. laju jer… pi ambik wuduk then. Solat hajat 2 rakaat… dalam doa malam tu…
“ Ya Allah…. Terima kasih kerana anugerahkan kekuatan kepada Risma dalam hadapi dugaan ni… (setiap kali lepas solat fardu, risma akan berdoa… ya Allah sekiranya Result kali ni TERUK… kurniakanlah hati yang teguh kepada risma seperti hati yang dimiliki SrikandiMu.. Sumayyah)  namun, Risma minta ya Allah…anugerahkanlah juga kekuatan yang sama kepada kedua ibu bapa Risma untuk mendengar RESULT risma esok…”
 Selesai mengaminkan doa… risma ambil sekeping kertas dan lipat kepada dua bahagian.. …. Risma tulis besar2 kat atas kertas tu… :

“Assalamualaikum… mak, ayah, mira, emi, peza…. Maafkan saya, kerana tak dapat buat kalian tersenyum dengan result kali ni…
(risma pon tulis berapa result yang risma dapat sem ni.. di sebelah kiri.. dan result sem lepas disebelah kanan… risma bandingkan perbezaan nya…”
Then, risma tulis satu pesanan kat situ:
p/s: Saya janji dgn semua sem 4 ni… saya akan tebus semua ni… itu janji saya…

dah siap tulis.. risma TAMPAL kertas tu kat depan pintu bilik risma..
pengajaran dari cerita ni….yang berwatak utamanya saya sendiri…:
p/s: risma betul2 belajar sesuatu yang berguna kali ni… dan biarlah ia menjadi pengalaman yang manis dalam hidup ni…. Sekarang risma sedar…. Kata2 itu Doa……  dan ia akan benar2 TERJADI J walaupun risma kena repeat… risma ikhlaskan…. Pasti ada ikhmah disebalik semua ni…. Allah Maha Besar…

(kalu risma tak salah information lah, dalam kelas risma sorang jer yang kena REPEAT…. Statistic…  hihihi  pelik dan ajaibkan… mungkin Allah SWT… nak risma belajar “SESUATU” dari pengalaman ni… Ya Allah… risma memang betul2 terpukul dengan “pengajaran “ kali ni…. TERIMA KASIH YA ALLAH…. Kerana telah sedarkan saya daripada terus TERSASAR….)

Kepada kawan2 kelas:
Diharap dengan jawapan risma yang tak seberapa ni…. Dapat menjawab SOALAN yang bermain difikiran kalian…. Dan TAHNIAH kepada kawan2 semua atas result yang cemerlang TU…. Jumpa sem depan dengan “WAJAH” baru… InsyaAllah… semoga dipermudahkan Allah….


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...