Powered By Blogger

Followers


Saturday, September 3, 2011

Dia JodohKu?? (1)


1/9/2011-khamis

Matanya masih terpaku pada skrin lappy nya… melirik lembut pada “hadiah” pemberian sahabatnya.. ada ketika dia tersenyum sendiri menampakan lesung pipit di kedua-dua pipi tembamnya.. ada ketika pula, dia serius mengamati cerita yang disampaikan.. suka benar dia dengan “hadiah” pemberian sahabatnya.

kak Ngah………….oooooooh, Kak Ngah………


tersentap dengan laungan itu.. bersegera dia berlari mendapatkan ibunya..


“yer, Ibu…kenapa?? Ibu rindu kak Ngah yer??” sambil tersengih-sengih


“bukan Ibu yang rindukan kak Ngah, tapi si pinggan mangkuk ni yang teramat rindukan tuan dia..” seraya jari telunjuk ibu diarahkan ke sinki…


“oooooooo, mereka rindukan kak Ngah yer… kejap lagi, kak Ngah belasah satu-satu..” serentak ketawa dua beranak itu pecah..


selesai membelasah pinggan dan mangkuk di singki, dia berlalu ke bilik menyambung kembali ceramah Ustaz Azhar yang ditatapnya tadi..

tuuuuuuuuuut……………tuuuuuuuuuuuut………

terpampang laju dikrin hensetnya, 1 message received
tanganya malas-malas menekan button ,

“Ma, esok ada Reunion budak2 sek dulu.. jom join” – Sal

Laju jari jemarinya membalas…..
“nak…….nak……. yahooooo” – Ma

“ok, esok orang datang ambik Ma ye” –Sal

“Ok2, Tq Sal… hihihih” –Ma

Seakan sahabatnya itu mengerti, kesukarannya bergerak bebas tanpa 
Motor disisi…

Jam berdetak 11 kali.. seharusnya, diwaktu ini dia sudah dibuai mimpi.. namun, mengapa malam ini matanya gagal dipejamkan.. mindanya masih berjalan mengimbau kenangan silam.. rindunya pada sahabat-sahabat membuak-buak… namun, ada satu soalan yang bermain di mindanya.. dapatkah mereka menerima perubahannya??? Ya Allah, takutnya…esok, dalam kegembiraannya menanti pagi menjelang.. debarannya makin kuat berpaut…

Bersambung………….





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...