Powered By Blogger

Followers


Thursday, December 30, 2010

"hadiah" dari ibu............:)



Petang yang hening itu……………… terlihat kelibat sepasang adik beradik sedang berbual….. sambil si adik  santai dipangkuan si kakak…… mereka bergurau senda…… terlukis garis-garis kegembiraan disitu… usia mereka tak jauh bezanya….. si kakak hanya 2 tahun lebih dari si adik… dek kerana itu… mereka begitu akrab…. Segala suka dan duka dicurahkan bersama…. Apabila si adik menangis…. Si kakak turut tersedu…. Apabila si kakak ketawa…. Si adik turut tersenyum simpul……….begitulah manisnya kisah mereka………… sentiasa segar mekar…….

Si adik mula berbicara…….
Adikakak…… pernah couple??

Kakak: pernah dan tak pernah…….(balas kakaknya sambil tersenyum…)

Adik: hah ??? tak pahamlah akak…… (jawab si adik seraya terkejut…)

Kakak: emmmmmmm………. Sebagai insan nan fakir…..akak pernah dimiki…. Dan memikili…. Tetapi itu semua masa silam................. dik

Adik: apa maksud akak itu masa silam?? Tidak kah bahagia apabila kita dimiki… dan memiliki… (timpul urat2 berkerut didahinya)

kakak: yer…….. dik……. Pasti bahagia……… (balasnya sambil tersenyum)                                                             tetapi ………………     (terkaku di situ….. tak mampu meneruskan kata-katanya..ditahan sebak didada)

Adik: tetapi apa kak??? (rasa ingin tau membuak-buak lantas melihat linangan air dimata cernih akaknya)

Kakak: cinta insan tak seindah cinta illahi….. dik………..akak mengenal cinta insan dikala akak belasan tahun…. Diwaktu jiwa remaja memberontak ingin mencuba…. Disaat hati ingin memiliki dah dimiliki…. Indahnya…. Tak terperi…. Namun…………cinta insan bersifat sementara………… tiada yang kekal…. Disaat itu………..akak seperti putus harapan……… hidup berhujankan air mata….. hampir-hampir tersungkur dik…. Tetapi………..alhamdulillah……."hadiah" seorang ibu…. Mendamaikan hati yang bergelora…….

Adik: hadiah??? Apa yang ibu dah bagi pada akak…………..( sekali lagi dahinya berkerut)

Kakak: yer……… hadiah……..hadiah yang amat bernilai………. Tak mampu ditukar ganti…. Sekarang akak nak wariskan ia pula kepada adik……… sebab dah sampai masanya…. Adik harus memilikinya…. (balasku seraya tersenyum………. Manis menampakkan lesung pipit di kedua pipiku..)
Bergegas diriku menuju ke arah kamar……… seketika kemudian…. Sekembaliku bersama sesuatu ditangan kananku……..

kakak:  nak dik……..sekarang dia milik kamu……….. ambiklah……….. (sambil tersenyum……dihulurkan kad kecil berbentuk hati kepada adikku)

adik: terima kasih akak………… (menyambutnya… sambil terpinga-pinga…. Teka-tekinya masih tak terjawab)

kakak: buka lah dik………… selamilah isi dalamnya……. (bait-bait kata yang terukir disitu…….. diperkemaskan lagi dengan tulisan ibu yang rapi……..pasti mendamaikan hati setiap insan yang membacanya………… pasti adik akan melalui perasaan yang sama dirasaiku 5 tahun lalu )

Adik: baik lah kak……………..(dibacanya perlahan……………..hingga bait-bait kata yang terakhir………. seketika……………. Mengalir laju air matanya………… membasahi pipi gebunya……)

Kakak: sekarang akak……….. harap………. Semua persoalanmu terjawab……… insyaAllah…..(sambiku… tersenyum………..seraya pipiku…. Dibasahi air mata kegembiraan…)

Adik: akak……….terima kasih atas “hadiah” ini…………… (sambil……dipeluk eratku…….kami dihujani air mata rahmat………. Alhamdulillah…….. Ya Allah…….)


~~~karya asliku risma wani, semoga bermanfaat~~~
                 


gadis idaman.... insyaAllah..........:)


by Zakiah Nazuki on Thursday, 30 December 2010 at 01:36
gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
dia lah puteri indah RUPAWAN

tika gadis lain sibuk menghiasi diri
dia hias NUR ILAHI pada wajahnya
tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
die selesa bersama CINTA-NYA
tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA
die tekun dengan Bait kata TUHANYA
tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba

gadis itu seperti MAWAR BERDURI
indah dipandang namun sukar DIPEGANG

mulianya kerana KETAQWAAN
cantik kerana keperibadian AKHLAK MULIA
kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN.

Wednesday, December 29, 2010

solat...........:)

Dibelit Ular Hitam!

by Kempen Aurat Saya Maruah Saya! on Wednesday, 03 November 2010 at 20:57
بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..



Tuesday, December 14, 2010

yang menegur... tak salah ditegur,,,,,,,,,,


"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?",

by Wanita Solehah, tidak Memandang & tidak Dipandang on Sunday, 12 December 2010 at 08:49






"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.

Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.

Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.
'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.

Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namunkesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!

Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?
Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.
Naudzubillah..

Itulah bahayanya riya' dan ujub!
Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusiadan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'

Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'

Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.

Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!
Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!
Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.
Ingatlah kata-kata Allah taala,

"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]

Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.


tahukah????

Wanita Bercadar

by Wanita Solehah, tidak Memandang & tidak Dipandang on Wednesday, 08 December 2010 at 12:15
Bismillahirrohmanirrohiim.,.

Kami rela tubuh kami terbungkus dengan kain yang "mungkin bagi kebanyakan orang adalah tidak menarik", tidak apalah ,"itukankan penilaian mereka", semua orang bisa menilai dan setiap kepala punya buah pikiran. Kami hanyalah hamba dan sifat hamba ingin menyenangkan Tuannya.


Biarlah wajah kami terhalang dangan kain yang "bagi orang lain menyesakkan dada saja", biarlah itukan perasaan mereka dan semua orang tidak ada halangan mengutarakan apa yang mereka rasakan. Kami adalah wanita yang ingin berkarya untuk agama ini,"Ya Rabb terimalah pengorbanan kami yang tidak seberapa ini dan Engkaulah penerima buah karya hambaMu karena itula Engkau bernama "Syakur"-Maha berterima kasih-.

Kami berpacu dengan tubuh yang terlilit ini demi meraih kemenangan islam dan kaum muslimin. Ibadah kami dengan tubuh yang terbungkus ini, bahagia yang kami rasakan lewat menutup aurat ini jika orang lain tahu pasti mereka akan memerangi kami untuk merampas jilbab yang kami kenakan ini.

Jika sekiranya berjalan itu bisa tanpa mata yang terhalang pastilah kami akan menutupnya demi kesempurnaan ibadah yang mulia ini.

Ketahuilah bahwa aurat ini kami singkap untuk suami kami yang tercinta karena Allah. JIka sekiranya ada larangan menampakkan aurat terhadap siapa saja niscaya kami akan menutupnya dari suami kami.

Kami dengan wajah yang tertutup ini bisa mampersembahkan yang terbaik bagi agama kami. Jika dengan sehelai kain ini bisa membunuh orang yang memerangi islam niscaya kami akan mempersembahkannya demi tujuan yang mulia itu.

Biarlah orang disekeliling mencemooh pakain yang suci ini kami akan tegar mengenakannya, bukan karena kami telah dibai'at untuk itu, bukan karena suami memaksanya, tapi ini adalah konsekuensi iman yang ada didada ini.

Walau gerakan emansipasi menggembar- gemborkan kebebasan perempuan dengan mengeluarkan mereka dari rumah-rumah suami atau para orang tua dengan tanpa berjilbab atau berjilbab tapi telanjang, kami tetap pada pendirian semula bercadar atau mati jadinya.

Kami bercadar bukan karena sok suci, sok tahu, sok kearab-araban, sok pamer dan sok-sok lainnya, bukan...... !. Tapi demi mencontoh para istri nabi yang mereka adalah teladan yang baik, ibu kaum muslimin.

Tuan kami adalah Allah dan kami adalah hambaNya, seorang hamba pasti menghamba pada
Tuannya dengan menuruti segala perintahNya dan menjauhi apa yang dilarangNya

(afwan gambarnya ga nyambung...^senyum^...)

Sunday, December 12, 2010

kejayaanku....milik bersama....alhamdulillah..



……………………………………………………………
Dup……..dup………..dup……..
Jantungku…. Seakan-akan berhenti seketika…. Ya Allah.. kuatkan lah hamba Mu yang lemah ini….bisik hati kecilku…..sambil tanganku diraup kemuka…. Amin..

Hari ini……. 10/12/2012….. aku dihebohkan dengan keputusan peperiksaan bagi seluruh uitm akan diumunkan.. Ya Allah…tabahkan lah hatiku…. Walau apa pon keputusannya….aku mohon yang terbaik untuk kami warga uitm…..

Tengah hari itu….. family ku sudah riuh rendah…. Mengigatkanku…. Apa lagi ibuku tercinta…. Dari petang kelmarin…. Sudah tertanya-tanya…..aku hanya mampu… tersenyum… dah berkata kalimah keramat itu…..
“sabar” wahai ibuku…..
walaupun… hatiku….. sudah seminggu tidak tenang…. Dan hanya pada Nya …. Aku berserah……. Hanya… solat hajat dan doa saja yang mampuku lakukan….di saat-saat genting itu……..alhamdulillah…. setiap malam… selepas magrib… bacaan yassin mampu… mententeramkan jiwaku yang gundah itu…. Alhamdulillah.. Ya Allah…. Kau masih menghadiahkan kekuatan ini………kepada hambaMu yang jahil ini…
hampir ku malu untuk…. Menadah tangan kepadaNya.. kerna diriku… kekadang hampir lalai dalam mengigatiNya.. mengalir laju….. gugusan air mata.. membasahi pipiku….maafkan aku ya Allah…..
selesai solat subuh….. ku selesaiakn dengan bacaan yassin… hanya itu pengubat hatiku… inilah… perjuangan terakhir sebelum…. Aku menatap keputusanku nanti.. hanya doa mampu…. Ku … pohon…
“ya Allah.. kuriakanlah.. keputusan yang cemerlang pada aku dan teman-temanku …….dan kami semua warga uitm…. Semoga usaha yang kami taburkan berbaloi.. … dan jika sebaliknya berlaku… kau kuatkan lah hati kami… ya Allah… sesungguhnya.. kami insane yang lemah….amin…”
Bit……bit……..bit……. inbox ku penuh dengan mesej-mesej dari teman-teman…. Bertanyakan… result ku… Ya Allah… Alhamdulillah… mereka semua Berjaya….segulung tahniah… untukmu teman…
Dup……dup……… hatiku masih…. Bergetar… kerna hanya aku seorang sahaja yang.. tak mampu… menembusi ruangan uitm……
Dengan lafaz basmalah. Ku kuatkan hatiku…. Menekan butang di situ……. Dalam sekelip mata…. Terpapar keputusanku…….. Ya allah… aku hampir-hampir menjerit…..hanya kalimah keramat Alhamdulillah… lancar mengalir dari bibirku…… bersyukur ke atas Mu  Ya Allah….. atas hadiah yang bernilai ini….dengan keputusan semester ini…. Mampu membayar kekecewaanku pada semester lepas….. walaupun… keputusanku…. Tidak segempar teman-teman lain… tapi Alhamdulillah…. Hampir mengenai sasaran…… inilah….
Terkejut dengan jeritan…. Kecilku… ibu dan ayahku.. segera mendapatkan ku di kamarku….
Hampir menitiskan air mata….. ibuku…. Manakala.. ayahku…. Hanya mampu… tersenyum.. Alhamdulillah.. kata mereka.. serentak… tahniah anak ku…. Ibi selalu doakan yang terbaik buat kamu….
Hampir mengalirkan air mata….mendengar ucapan itu..
Alhamdulillah.. ibu… terima kasih…. Balasku…
Tapi maafkan orang ibu…. Orang tak mampu… mengenai sasaranya lagi….
Tak mengapalah… semester depan… pastikan sasaran tercapai.. usaha kuat lagi ya anak ku…. Ibu yakin..  anak ibu kuat….balas ibuku.. dengan senyum manisnya..
InsyaAllh.. ibu… terima kasih…orang sayang ibu… pelukan erat singgah sisi ibu..
Ayah hanya mampu tersenyum… memerhatikan drama kami disitu…. Huhuhuh tersipu malu aku dibuatnya..
            Linangan air mata kegembiraan membasahi pipi kami..alhamdulillah…. atas segalanya..
Hadiah terbesar…. Pada kali ini…. Ucapan tahniah ku terima daripada teman-teman ku…… hanya Alhamdulillah… terkeluar dari bibirku….setiap kali dipuji mereka… dan… ini semua adalah…. Kerjayaan kita bersama…. Terima kasih…. Semua…
          Disebalik…. Kegembiraan itu…. Aku dikejutkan dengan kesedihan temanku…. Keputusannya… amat-amat melukakan hatinya…. Aku disitu sebagai pendengar setia…. Sekuatnya aku… menenengkan dia… sabar lah wahai temanku… setiap yang berlaku… pasti ada hikmahnya… mungkin ini… dugaan buat kamu… pasti Allah…. Sedang menyimpan sesuatu yang lebih baik buat kamu nanti…… yakinlah dengan janji Allah… hanya itu sajalah.. kata-kata yang mampu ku ucapkan….
 Kutahu…. Disudut hatinya… kekecewaan itu… tak dapat digambarkan…. Aku memahaminya… keperitannya.. kerna aku juga sepertinya pada semester lepas……. Tapi kerna keyakinan ku… pada janji Allah…"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaumnya… sehinggalah.. kaumnya berusaha mengubahnya…"
 dan secalit semangat dari teman-teman dah keluarga tercinta… itulah sumber kekuatan hatiku…..kini aku benar-benar memahami… kenapa aku dihadiahkan kegagalan pada semester lepas……. Sedangkan aku tidak mengetahui… ikhmah disebaliknya….
“hadiah terbesar menantiku”…….. Alhamdulillah.. ya Allah…
Disini…….. aku hadiahkan… sebuah cerita…. Yang akan menjadi perdoman… kepada semua….
………cerita yang dihadiahkan… temanku.. untuk ku.. ketika mana aku dalam kegagalan…terima kasih wahai sahabatku.. nur Imanee
     semoga cerita ini.. menjadi pedoman untuk semua teman-temanku…
Renungkanlah…..:)

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.




Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.




Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

"Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang me nyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.




Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.



       ~~~karya asliku... risma wani, semoga bermanfaat~~~

Friday, December 10, 2010

cantik kah????



Kecantikan Sejati Bukan Di Wajah

alt
"Boleh saya melihat anak saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan seorang anak dengan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang menutupi wajah bayi lelaki yang comel itu.
Ibu itu menahan nafasnya. Doktor yang menunggunya segera berbalik memandang ke arah luar jendela rumah sakit tidak sampai hati menatapi wajah ibu tersebut. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga.
Waktu berlalu dan kini bayi tersebut telah menjadi seorang anak yang boleh berkativiti dengan sempurna, cuma penampilannya saja yang tampak aneh dan buruk.
Suatu hari anak tersebut bergegas pulang ke rumah terus membenamkan wajahnya di pelukan ibunya yang menangis. Ia tahu hidup anaknya penuh dengan kekecewaan dan tragedi. Sambil teresak-esak anak lelaki itu mengatakan yang dia diejek oleh orang dewasa dan dikatakan anak ini adalah makhluk aneh.
Di sekolah anak tersebut disukai oleh rakan-rakan sekolah. Anak tersebut membesar tampan dengan kecacatannya. Dia berbakat dalam bidang muzik dan penulisan.
"Ibu,saya ingin menjadi ketua kelas."
Ibu hanya mendiamkan diri, tapi di dalam hati ibu merasa kasihan dengan anaknya.
Suatu hari si Ayah terus berjumpa dengan seorang doktor yang boleh melekatkan telinga untuk anaknya.
"Saya percaya saya boleh memindahkan sepasang telinga untuknya, tetapi harus ada orang yang tampil untuk menderma".
Beberapa bulan kemudian si ayah memanggil anaknya sambil berkata, "Nak, seorang yang tak ingin dikenali telah bersedia mendermakan telinganya padamu. Kami harus segera mengirim kamu ke hospital untuk menjalani pembedahan tetapi jangan ditanya siapa yang menderma."
Pembedahan dilakukan dengan berjaya dan kini telah lahir seorang lelaki yang mempunyai cukup sifat. Bakat muziknya yang hebat menjadikan ia terkenal dan menerima banyak penghargaan dari sekolahnya.
Masa berlalu dan dia pun berkahwin dan bekerja sebagai seorang yang berpangkat besar. Terdetik di hatinya tentang masa-masa silam lalu menghampiri ayahnya.
"Ayah, saya hendak mengetahui siapa yang telah mengorbankan ini semua pada saya, ayah. Ia telah membuat sesuatu yang amat besar dan ingin sekali saya membalas budinya."
Ayahnya menjawab, "Ayah yakin kau tidak boleh membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan telinga itu."
Setelah terdiam sesaat ayahnya melanjutkan kata-kata, "Ayah tidak dapat membuka rahsia ini sebelum tiba saatnya."
Tahun berganti tahun ayahnya tetap menyimpan rahsia. Hinggalah pada suatu hari tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu ayah dan lelaki itu berdiri ditepi jenazah ibunya yang baru saja meninggal dunia. Dengan perlahan dan penuh syahdu si ayah membelai rambut isterinya yang terbujur kaku sambil menyelak rambut sehinggalah tampak bahawa si ibu tidak mempunyai telinga.
Sambil menangis si ayah berkata, "Ibumu sangat suka menyimpan rambut yang panjang dan tak seorang menyedari bahawa ia telah hilang sedikit kecantikkannya."
Kecantikkan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh tapi di dalam hati. Harta karun yang hakiki tidak terletak pada zahirnya, namun pada apa yang tidak dapat dilihat. Kasih sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang dikerjakan dan tidak diketahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...