Powered By Blogger

Followers


Saturday, February 26, 2011

WARKAH TERAKHIRKU........

ASSALAMUALAIKUM………..
Bismillahirrahmanirrahim,
Dgn nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Warkah coretanku kali ini sedikit berbeza berbanding sebelumnya…. Beransur usiaku melangkah 20 tahun pada januari lalu memanduku mencoretkan warkah ini… dan ini merupakan warkah terakhirku pada semester ini…. Dek kerana seketika nanti menjelmalah finalku… doakan kejayaanku wahai teman semua.. J
Jika dahulu pantang disoalkan watak pilihan hatiku… pasti berjuta senarai peribadinya ku utarakan… namun kini, jika soalan yang sama diutarakan kembali..pasti hanya senyuman sahaja yang mampu terukir…. Dan hanya Allah swt sahajalah yang mampu menerokai isi hatiku. Ya Allah… Alhamdulillah atas segalanya… J Insan selemahku juga tidak mampu beranjak daripada terjebak cinta monyet… namun, tak jatuh…. Maka tak sakit…


Pengalaman mampu mendewasakanku.. dan pengalaman mampu menjadi sumba kekuatanku..  Warkah ini ku coretkan untukmu...


mestipun..dirimu tidak pernah kukenali….

Namun hati kecilku kuat mengatakan..andai dirimu adalah pemilik tulang rusuk yang ada pada diriku… pasti warkah ini menjadi santapanmu… InsyaAllah… melangkahnya ku ke alam Universiti ini…. Bermacam ragam manusia yang ku temui.. dan sepanjang tiga semester disini bermacam cerita cinta menjadi tontonanku.. kekadang diriku menjadi pakar kaunseling tak bertauliah kepada teman-temanku seandainya khidmatku diperlukan… meskipun diriku masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan si pemetik buah epal merah ini…   
 Diriku terlalu jauh nun diatas pohon epal…

dan hati kecil ini seringkali terdetik , “tidak nampakkah diriku terselit dicelahan dedaunan epal ini?” bahkan hampir kesemua temanku telah lama dipetik oleh si Adam…. Hanya diriku yang tak terusik dipohon yang sama… namun begitu… bersyukurku atas apa yang berlaku… kerna ku yakin setiap yang tersurat…. Pasti ada yang tersirat…
seringkali soal jodoh menjadi perbualan teman-temanku…
 dan diriku tidak lari diajukan berjuta soalan yang sama…. Mengapa sehingga kini. diriku masih solo??

Dan diriku ini hanya mampu mengukir senyuman pada setiap bibir yang bertanya.. kerna diriku hanyalah insan yang lemah.. yang tak mampu meramalkan setiap yang telah diaturkan…
       Kini… kututupkan serapatnya pintu hatiku 

pada mana-mana lelaki kerna ku tidak mahu membelakangkanmu wahai si pemetik epal merah… meskipun diriku tidak pernah mengenalimu…tetapi hatiku hanya untukmu tercipta untukmu… ku alihkan pandanganku agar tidak terpaut pada mana-mana lelaki.. bukan kerana kesombonganku.. tetapi kerana kesetianku padamu wahai si pemilik tulang rusuk yang ku miliki kini… sedaya upaya ku larikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah :Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku berlakon seolah-olah diriku ini cool. Akanku palingkan wajahku

pada lelaki yang merenungku dan akanku kuatkan hatiku supaya tidak kembali membalas renungan mereka… Kerna inilah sedayanya kudratku yang lemah agar dapatku bentengkan pergaulanku dengan bukan mahramku.
       Diriku ini lebih bersifat peramah kepada si Hawa… dan lantaran itu diriku tidak pernah menghiraukan tiupan angin lalu yang mengkhabarkan kesombonganku padada mana-mana si Adam…. J
       Tidak pernah terlintas diriku menjauhi cinta si Adam..dan naluri ingin dikasihi dan mengasihi turut terukir disudut hatiku sebagai wanita… Namun, setiap kali perasaan itu terapung-apung disudut hatiku…. Setiap itu juga ku ingatkan hatiku bahawa cintaku hanya terkunci untukmu si pemilik tulang rusuk yang ku miliki ini…. … Diriku tidak mahu dicopkan sebagai barang dagangan yang mudah ditukar milik..Sebagai bakal suri dihatimu kelak…..wahai si pemetik epal merah…Akanku menjauhi percintaan yang bersifat sementara ini…
Andai diriku inginkan si pemetik epal merah yang soleh. Maka diriku terlebih dahulu harus memperbaiki peribadiku agar menjadi perempuan yang solehah.
 Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Diriku bukanlah seorang wanita yang cerewet dalam memilih….. Siapalah diriku ini untuk memilih permata sedangkan diriku hanya sebutir pasir ditepian. Namun diriku turut berkeinginanan seperti si Hawa yang lain…  dipetik si dia yang dinobat sebagai ahli syurga… yang bisa meminpinku kejalanMu Ya Allah….
Tidak terlintas disudut hatiku menginginkan kau berwajahkan setampan Nabi Yusuf A.S yang mampu mengegarkan jutaan wanita yang memandanganmu…. Andai tecatat dikaulah  jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah swt pasti membenihkan bunga-bunga kasih di sudut hatiku dan jua hatimu kali pertama mata kita terpaut…. Cukuplah kau mencintai Allah swt dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah swt….. dikau pasti mencintaiku keranaNya. Moga cinta kepada Allah swt itu mempertemukan kita kelak….. InsyaAllah……
p/s: diriku setia menantikanmu wahai si pemetik epal merah…cintaku kepadamu adalah kerana Agamamu…. Hilang Agamamu,maka hilanglah rasa cintaku kepadamu… J

Saturday, February 19, 2011

BMD1MA

Assalamualaikum……
    Jom imbas kembali…..2010….semester pertamaku disini…. Bersama sahabat-sahabat baruku….BMD1MA  kelas pertamaku bersama kalian…. Memori yang tak mampu dikembalikan….
   berlainan negeri…
      berbeza perangai…
namun mampu bersama dibawah satu bumbung….Kini kenangan hanya mampu tinggal kenangan... semesterku berlalu tanpa mereka.... Amy... Farah.. diriku amat merindui sahabat sebaik kalian...:(

   
   Disebalik kek ini…. Tersimpan berjuta kenangan kami…. Ya Allah…. Diriku… amat-amat merindui memori silam ini….
    Malam terakhir bersama kalian…. Adalah malam paling mengembirakan dalam kamus hidupku sebagai pelajar…. Dan ia turut dirasai sahabat yang lain.. kerana semester hadapan pasti semuanya akan berubah….dugaanku benar… dan apa yang paling menakutkan kami telah berlaku…. Sebahagian sahabatku berubah arah……… lalu membawa laluan sendiri….

      Sahabat........
    kecundang tak bermakna kegagalan..
     bangkitlah....dengan semangatmu....
      kebalkan dirimu dengan Iman dan Takwa..
       kejayaan pasti milikmu.....




    p/s: sahabat…. Walau dimana pun kalian…. Ukhwah antara kita tak pernah terputus… InsyaAllah.... :)

:)



                        No Matter what happens....... 
do not ever forget to smile......




 Senyuman itu sedekah......
      Senyuman itu pengubat lara....
Senyum itu penawar......

p/s: smile3.... my dear....

Friday, February 18, 2011

selamat hari lahir..... risma...

Assalamualaikum…..

Hahhahah………. Dah genab 20 tahun dan anak pak ridwan ni…. Hihihi…. Anak ayah dah besar dah…. J
Terima kasih kepada zek…alya…syu.. dan izrin yang telah menjadi pelakon sementara… lakonan kalian amat-amat berkesan… sehinggakan ia mampu menitiskan air embun di pipiku…. Hihihi
Risma ingatkan korang dah lupa hari lahirnya puteri comel ni…[heheheh perasan sekejap]
           mana tak nya… semua buat-buat lupa jer… langsung tak wish.. sob……sob……….sob………[sedih tau]
tup..tup……. esoknya… ada kejutan… thanks untuk kek tu….. thanks untuk semuanya…. Love you all….. J


oooohhhhhhhh............... ais krim....

Assalamualaikum….. jom…. Rasa…
                BANANA BOAT……….

              Ais krim………. Ais krim……….
 telah menakluki hatiku…… kalaku kesedihan…. Pasti ia menjadi temanku…. Dan kalaku kegembiraan….. ia kekal disisiku….. J



ooooohhhh….. ais krim…. Saat ini ku memerlukanmu disisiku….. berkongsi kegembiraanku…… love u ice cream…J

p/s: hidupku berpelangi dengan ais krim…J

permulaan yang mencabar.....:)

Assalamualikmum……… kawan-kawan semua dah lama benar rasanya… tak menulis…… rindu pada kalian.. J
Semester ini benar menguji kekuatan fizikal dan mental………. Bertubi-tubi ujian menhujaniku…. Permulaan semester telah diserang demam.. dan sehingga kini….. setiap 2 minggu pasti diriku diserang selsema.. sedikit sebanyak ia menjejaskan tugasku sebagai pelajar…. Terpaksa ambil MC……



 
Badanku dipenuhi dengan ubat-ubatan ini…. Setiap hari terpaksa menelannya…. Benar kata orang pahit itu ubat….. hambamu memohon kesembuhan darimu…… Ya Allah…. J


Kekadang mengalir titisan mutiara jernih…… Ya Allah… hambamu ini tak mampu lagi bertahan.. kuatkan lah diriku…





Alhamdulillah….. saat-saat diriku rebah…. Sahabat-sahabatku menjadi kekuatanku… terima kasih sahabat-sahabat semua…. Zek,alya,izrin dan syu….      Risma sayang korang kerana Allah… bersahabat dunia dan Akhirat….. InsyaAllah…. J

Hidupku kini semakin segar berbunga…. Mekar seperti bunga-bunga ditaman…..




p/s: Love you all because of Allah… no matter what happens, I will not leave your side…J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...