Powered By Blogger

Followers


Tuesday, May 31, 2011

terima kasih ya Allah...:)

assalamualaikum.........




 alhamdulillah... hari ni Risma masih diberi peluang untuk menaip... risma rindukan blog ni.. tapi beberapa hari ini.. agak sibuk, tak tahu nak mula cerita dari mana... rasa nak menagis pon ada.. hanya tanda syukur mampu Risma panjatkan kepada Mu wahai kekasih hatiku... Ya Allah.... (sebenar Risma malu nak memanggil Mu dengan panggilan kekasih hati risma, tak layak ya Allah... namun Risma akan berusaha ya Allah.)


hari pertama di kelas... mulanya risma takut sangat nak masuk ke kelas.. risma pi kelas dengan kawan2 risma, zek, alya, izrin.. masa nak sampai jer kat depan pintu, risma macam nak rebah pon ada... risma tarik tangan izrin, risma cakap:
" izrin, risma takut... tak nak masuk kelas" 
then, sampai kat dalam kelas... risma tak berani pandang muka diorang... (dalam hati, macam mane lah reaksi diorang) 
kemudian, bila sorang kawan sekelas tanyer,
" risma memang nak pakai tudung labuh ker sekarang? "
Risma hanya senyum, dan jawab ye..
alhamdulillah. ... mereka semua boleh terima risma, cuma terdengar suara2 sumbang.... mendayu2 kat belakang.... 
"Hajah risma!!!!" "hajah risma!!!" .... 
risma langsung tak berpaling.... bukan risma marahkan dia ... tapi tak sesuai tuk dapat gelaran semulia tu... sedangkan baru jer berjinak2 bertudung labuh.... masih banyak lagi ilmu yang risma tak tau... mengaji pon risma tergagap2... nak jadi imam untuk solat pun risma masih tak yakin....  dan malam tadi... masa risma kat kedai makan terserempak dengan sorang budak laki kelas risma... perkataan pertama yang keluar kat mulut dia...
" alim ah ".......... "alim ah".....
masa tu tuhan jer tau... ya Allah... semoga dikuatkan hati ni... moga istiqamah.... risma tau, siapa risma... risma tak layak tuk sarungkan tudung labuh ni.......... risma bukan anak ustaz... risma bukan anak haji........ tapi risma bersyukur diberikan hidayahmu... dengan permulaan hijran ini.... risma makin tenang...... rasa selamat... satu perasaan yang tak dapat digambarkan.... terima kasih ya Allah... kerana memilih risma.... risma akan berusaha seiringkan penghijrahan ini..:) insyaAllah.....

Wednesday, May 25, 2011

"perubahan"

Assalamualaikum….
28 ni… risma ada jejak kasih dengan kawan2 sekolah mengah dulu… tapi masalahnya… yang duk bermain2 kat fikiran risma sekarang… dapatkah mereka semua terima “PERUBAHAN” risma sekarang….
Sudikah mereka berjalan seiring dengan risma???
Malukah mereka dengan “perubahan “ risma ni…??
Dan yang pasti… bagaiman persahabatan kami selepas ni…??
Ya Allah… risma mula takut…… atau cara yang lebih baik… batalkah temujanji itu…… tapi, risma rindukan mereka…. Rindu benar pada mereka… sudah dua tahun tidak ketemu… hanya sekadar berbalas msj dan panggilan sahaja…
Ye…. Risma sedar… risma mungkin akan dipandang serong dengan “perubahan” ini… dan pasti berjuta persoalan akan terluah… mengapa?? mengapa??? Dan mengapa??? kerana “perubahan “ ini mungkin tidak layak untuk orang seperti risma… namun risma melakukannya… keranaMu ya Allah…. Kuatkanlah hati ni… dengan istiqamah dalam “perubahan “ ini… J

pengajaran bermakna....

Assalamualaikum…

Gempak…….gempak……memang gempak…. Result kali ni… memang hahahahah..rasa macam nak bergolek 10 kali kat lantai……..  pointer sem ni… teruk jatuh…….. dan secara langsung CGPA akan tertarik sekali… maafkan saya wahai CGPA ku……… saya pon tak sangka rupa2 nya mulut saya ni “MASIN” bebenor…….. 

Imbas kembali…
Selepas selesai exam statistic hari tu……… saya balik dengan muka seposen…. Dah sampai bilik… budak2 bilik Tanya,
“hah… macam mane risma?? Boleh jawab tak exam”
Saya pon dengan muka kelat… laju jer jawab;
“ Risma lagi rela repeat statistic, daripada Risma dapat C !!!”

Dan AKHIBATNYA!!!!!
Allah swt betul2 makbulkan doa Risma….
Malam tu, dalam pukul 12.15… tergerak pulak hati nak on facebook. Maka saya tanpa segan silu..terus jer on facebook…. TUP……TUP….. ade lah terbaca kat STATUS kawan ni.. dia tulis… “RESULT dah kuar”
Saya pon dgn berat hati bercampur takut…… pi lah kat student portal… kuar lah result depan mata….. sebelum tekan show tu… jantung tak payah ceritalah……dah macam terhenti……… THEN,

Tengoklah…dari atas….. subjek pertama : LU (lulus)
Semua subjek dapat :LU…. Masa tu… dah tekup tangan kat muka dan  say “Alhamdulillah”…….. TIBA2… mata ni… focus lah pada subjek yang list dia paling bawah sekali….. iaitu STATISTIC…….. tertulis kat situ…
STATISTIC :GA (gagal)

Masa tu………….. tuhan jer tau….nak nangis dah tak mampu…… nak bergolek2 lagi lah tak terdaya……so…. Lepas tu, terus tutup laptop.. laju jer… pi ambik wuduk then. Solat hajat 2 rakaat… dalam doa malam tu…
“ Ya Allah…. Terima kasih kerana anugerahkan kekuatan kepada Risma dalam hadapi dugaan ni… (setiap kali lepas solat fardu, risma akan berdoa… ya Allah sekiranya Result kali ni TERUK… kurniakanlah hati yang teguh kepada risma seperti hati yang dimiliki SrikandiMu.. Sumayyah)  namun, Risma minta ya Allah…anugerahkanlah juga kekuatan yang sama kepada kedua ibu bapa Risma untuk mendengar RESULT risma esok…”
 Selesai mengaminkan doa… risma ambil sekeping kertas dan lipat kepada dua bahagian.. …. Risma tulis besar2 kat atas kertas tu… :

“Assalamualaikum… mak, ayah, mira, emi, peza…. Maafkan saya, kerana tak dapat buat kalian tersenyum dengan result kali ni…
(risma pon tulis berapa result yang risma dapat sem ni.. di sebelah kiri.. dan result sem lepas disebelah kanan… risma bandingkan perbezaan nya…”
Then, risma tulis satu pesanan kat situ:
p/s: Saya janji dgn semua sem 4 ni… saya akan tebus semua ni… itu janji saya…

dah siap tulis.. risma TAMPAL kertas tu kat depan pintu bilik risma..
pengajaran dari cerita ni….yang berwatak utamanya saya sendiri…:
p/s: risma betul2 belajar sesuatu yang berguna kali ni… dan biarlah ia menjadi pengalaman yang manis dalam hidup ni…. Sekarang risma sedar…. Kata2 itu Doa……  dan ia akan benar2 TERJADI J walaupun risma kena repeat… risma ikhlaskan…. Pasti ada ikhmah disebalik semua ni…. Allah Maha Besar…

(kalu risma tak salah information lah, dalam kelas risma sorang jer yang kena REPEAT…. Statistic…  hihihi  pelik dan ajaibkan… mungkin Allah SWT… nak risma belajar “SESUATU” dari pengalaman ni… Ya Allah… risma memang betul2 terpukul dengan “pengajaran “ kali ni…. TERIMA KASIH YA ALLAH…. Kerana telah sedarkan saya daripada terus TERSASAR….)

Kepada kawan2 kelas:
Diharap dengan jawapan risma yang tak seberapa ni…. Dapat menjawab SOALAN yang bermain difikiran kalian…. Dan TAHNIAH kepada kawan2 semua atas result yang cemerlang TU…. Jumpa sem depan dengan “WAJAH” baru… InsyaAllah… semoga dipermudahkan Allah….


Sunday, May 22, 2011

"Aku terima nikahnya"..... 1

“Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini”

             menari-nari henset nokia pemberian ayah minta diangkat, namun ku biarkan sahaja ia terus berdering.terpampang jelas namanya diskrin hensetku menambahkan lagi kemalasan untuk menekan butan ON. Seketika kemudian TIK….TIK….TIK… meluncur laju sekeping SMS diterima. Ku gagahkan menekan butan OPEN,

“Anis…… kenapa awak menzalimi saya? Apa dosa saya pada awak. Sampai sanggup awak ……… biar apa jua pilihan awak, saya janji tak kan lupakan awak, sampai bila-bila .. itu janji saya wassalam”

Mengalir laju air mata ini membasahi pipi.
“andainya kamu mengerti” bisik hatiku.

Ku biarkan SMS itu tanpa berbalas. tidak mahu nekadku ini bercampur baur apatah lagi EN Tan. Nama “manja” yang selalu ku gunakan untuk musuh utama yang sentiasa cuba untuk menyesatkan manusia.
Melangkah perlahan anis menuju ke bilik air. Seperti biasa andai dirinya dibaluti kesedihan mahupun kegembiraan, pasti kekasih hatinya menjadi tempat mengadu.

Selesai solat hajat dua rakaat , anis mula mengadu kepada kekasihnya. Tak tertahan sebak didadanya, lalu mengalir mutiara jernih dipipinya. Dalam doanya anis berkata;

“Ya Allah…. Ya Tuhanku… Dikau lebih mengetahui apa yang berlaku pada diri ini.. dan anis hanya merancang, namun Dikaulah Perancang terbaik.. kuatkanlah hati Anis Ya Allah, seperti mana kuatnya hati SrikandiMu. Sumayyah.. pinjamkanlah tekad yang dimiliki SrikandiMu dalam Anis melalu ujianMu ini. Ya Allah Jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku. dan Jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu.Anis Ikhlaskannya..”

Bersegera Anis melipat telekungnya.. teringatkan sekejap lagi ayahnya akan pulang dari kerja. Seperti biasa Anis tidak pernah bosan menyediakan juadah dan Air teh kegemaran ayahnya. Anis tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai kakak yang sulung.meskipun Anis adalah anak ketiga daripada empat orang adik beradik, dia senang dipanggil kakak yang sulung kerana kematangannya setanding dua orang abang-abangnya. Dan apabila kenakalannya menyinggah, mengalahkan adik bongsunya yang 
juga perempuan.

Meja diruang tamu terhidang cekodok pisang dan juga air kegemaran ayahnya. Sebolehnya Anis tidak mahu membebankan ibunya dalam menyiapkan kerja-kerja rumah, niatnya selagi dia masih dalam tempoh cuti semester ini. Anis ingin meringankan beban ibunya..

Ibunya masih tekun di satu sudut, menyiapkan baju-baju kurung untuk hari raya nanti.tersenyum anis melihat ketekunan ibunya.

“kusyuk” bisik hati kecilnya.

Timbul kagum pada ibunya. Menjadi tabiat ibu, tidak gemar melakukan sesuatu di saat-saat akhir. Andai dihitung masih ada beberapa bulan lagi sebelum puasa, namun ibu sudah hampir-hampir menyiapkan kesemua baju itu.

Ditepuk lembut bahu ibu,
“ibu, jom minum.. Anis dah siapkan minum petang” katanya sambil tersenyum.

“tak per lah anis, ibu tunggu ayah pulang nanti.., Anis ajak lah adik minum dahulu” balas ibunya sambil membalas senyuman anaknya.

Petang yang damai itu, Anis berupaya untuk mengukir senyuman. Meskipun dihatinya sedang terluka. Anis anak yang kuat, dia tidak mahu menjadi lemah dihadapan insan yang tersayang.

Walaupun begitu, naluri seorang ibu tak mampu Anis bohongi.ibunya mampu merasakan kehibaan anaknya. Namun, ibunya bukanlah seorang yang memaksa.. dibiarkan sahaja anaknya yang memulakan cerita.
Teringat ibunya. Cerita lapan tahun yang lalu. Ketika mana Anis baru pulang dari mengambil keputusan UPSR nya. Tampak keruh pada air mukanya. dia tidak memaksa anak gadisnya bercerita. Malahan dia bijak memainkan peranan, berjenaka dengan sikecil itu.. sehinggalah sikecil itu mengukirkan senyuman lantas bercerita tentang keputusanya yang tidak sehebat kawan-kawanya yang lain.

Tersenyum sendirian mengenangkan masa lalu… kini sikecil sudah meningkat dewasa. Malahan sudah menjengah usia 20 tahun pada Januari yang lalu.sejak kecil anis seorang yang ringan mulut. Ada sahaja cerita yang dikongsikan bersama ibunya. Malahan penat ibunya melayan celoteh sikecil itu.namun kesabaran seorang ibu sentiasa menebal.hadirnya sikecil menceriakan suasana.. berbeza dengan anak bongsunya Aira, sedikit pendiam. Dan hanya bersuara dengan mereka yang dikenalinya sahaja. Banyak betul perbezaan dua orang anak perempuannya itu.

namun begitu dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang sentiasa menyejukan hatinya.
Jam yang tergantung kemas didinding sudah berdetik 12 kali.

Namun ayah belum juga pulang. Timbul kegusaran dihati Ibunya. Sudah menjadi kebiasaan ayahnya akan pulang sebelum magrib menjelma.

Aira berkali-kali menelefon ayahnya, namun yang dijawab hanyalah
“sila tinggalkan pesanan anda selepas bunyi bib…..”

Hanya tinggal mereka bertiga dirumah, Anis, Aira, dan ibunya. Kedua-dua abangnya masih berada di Sabah. Tuntutan kerja meraka memerlukan mereka menjadi perantau disana.

Aira mula sebak disisi kakaknya.sebolehnya, Anis tidak mahu kelihatan lemah disisi adik dan ibunya. Dia harus kuat seperti mana Srikandi Sumayyah.Ibunya pula tidak putus-putus berdoa keselamatan suaminya.
Henset Aira berbunyi.. “ayah….!!” Sedikit menjerit Aira. Apabila nama ayah terpaparkan disrinnya.

Kami bertiga mengukir senyuman.
“Alhamdulillah” ucap kami serentak.

“ayah……..kenapa lam….bat” Aira mula berhenti bertanya
Kelihatan Aira hanya membisu dan sepertinya sedang mendengar sesuatu ditalian……….
…………….bersambung…………

p/s: baru mula berjinak dengan novel.. seandainya kawan yang membaca ini ada komen.. risma dengan hati yang terbuka menerimanya. J

Tuesday, May 17, 2011

dup......dup....dup....

Assalamualaikum…

indahnya suasana malam ni….. bulan, bintang, penambah seri… tapi tak tau kenapa hati ni.. terasa terlalu hiba… wahai hati kecilku…. Kembalikan kecerian itu.. cepat2… awak ingat “janji” awak kan…. So… senyum2 lah wahai hatiku…J
                                   25/5/2011??
Dup…….dup……berlari kencang …..
Lagi beberapa hari jer lagi… result UITM keluar..
… makin hari makin kencang… lama2 boleh pengsan… J



"Penyakit" sehari sebelum RESULT keluar…:
ü Online facebook…. Tapi, di “offline” kan….
ü Henset campak jauh2….
ü Ym…. Langsung dah tak bukak….
ü Langsung tak keluar rumah….
ü Muka asyik berkerut…..
ü Makan dah tak lalu……….
ü Senyum….. jauh sekali…



P/S: “Penyakit” ni… turut menyerang Risma…
Risma doakan moga2…sahabat semua mendapat result yang cemerlang….andai kata sebaliknya berlaku…JANGAN putus asa…. Yakinlah … setiap yang berlaku…pasti ada ikhmahnya…. Mungkin sekarang.. kita tak Nampak… tapi Allah Maha mengetahui…. So, sekarang.. tinggal beberapa hari lagi ni… kuatkan semangat… dekat…dekat…dekatkan diri lagi pada Allah… InsyaAllah… andai sebaliknya berlaku nanti… “kekuatan” pasti mendatang….

Thursday, May 12, 2011

terharu.....:)

Monday, November 22, 2010

KELEBIHAN SEORANG WANITA

بسم الله الرحمن الرحيم

* Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

* Kelebihan Seorang Wanita, Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

* Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

* Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

* Kelebihan Wanita solehah, Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

* Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

* Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

* Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

* Kelebihan Seorang Wanita, Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

* Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

* Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

* Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. Kelebihan Wanita Muslimah, Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

* Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

* Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

izzatiabidin

Wednesday, May 11, 2011

…. Tak terhitung… tak terbalas….

                                    Besarnya pengorbananmu ibu…. 


Pengakuan ikhlas disini…  wani..  antara anak yang paling kuat meragam kan makJ…. (Wani adalah nama panggilan dirumah…. Dan hanya kawan2 diluar memnggilku Risma…..) mesti letih mak nak melayan…. Pernah satu ketika… masa kecik2 dulu… balik dari rumah jiran… saya nangis2… bila mak tanyer.. kenapa… saya diam jer…. Lepas mak pujuk2… dengan belaiannya… hati kecil ini cair…
“ mak …. Kenapa wani tak ada anak patung besar macam dia”…
 esoknya… bila saya balik sekolah… mak hulurkan dua anak patung…. Comel… satu lagi untuk adik… TERIMA KASIH mak…. Walaupun tak sebesar yang jiran punya… tapi saya sayang mak…

Suatu hari saya main basikal dengan adik…. Baru2 berjinak dengan basikal… saya naik…adik pegang… adik naik saya pula yang pegang basikal… mak hanya memandang dari jauh… tiba2 saya jatuh… dari kecil lagi… saya memang cuai…
 Bergegas mak mendapatkan saya….risau benar dia…. TERIMA KASIH mak…. Sentiasa ada… tika jatuh dan bangun saya…

Suatu hari… selepas pulang dari sekolah… belum sempat baju ditukar.. saya terus bergegas ke dapur… “Mak… laparnya….mak masak apa hari ini”… mak hanya tersenyum… dan berkata “makanlah.. mak dah sediakan tu” dibuka tudung saji… hanya ada seketul ikan goring sambal disitu… lalu laju mulut ini bertanya “mak dah makan ker?” jawabnya ringkas “ sudah, wani makanlah” namun berlalunya saya… bermain bersama teman.. pulangnya… saya terpandang mak disudut dapur…….rupa2nya.. mak baru nak menjamah makanan… sedihnya tak terkata.. mak hanya berlaukkan air… Ya Allah… menitis air mataku… TERIMA KASIH mak…. Selalu berkorban demi anakmu ini..

Suatu hari ………….. keputusan UPSR di umumkan… saya hanya dapat 2A sahaja…. Balik tu saya nangis2…. “mak… wani dah letih pergi sekolah hari2… dah letih jadi budak rajin…dah letik mak”
“tak apalah… tak dapat 5A pun…. Mak tak marah… mungkin rezeki lain kali….” Lembut tutur bicaranya…. TERIMA KASIH mak…. Selalu jadi penawar tangisan saya….

Usia makin beranjak…. kini wani dah besar mak…. Wani dah tunaikan satu cita2 mak… nak tengok wani digerban Universiti… wani sayang mak… wani akan tunaikan semua harapan mak…. Semua pengorbanan yang mak taburkan… tak terdaya wani balas… dengan sisa2 usia mak sekarang…. Wani akan berusaha MEMBAHAGIAKAN mak… ayah… adik.. abang2…. Wani sayang kalian…J insyaAllah… wani sayang kalian kerana Allah….

Friday, May 6, 2011

cintaku, kasihku, hanya padamu "teman"...

          assalamualaikum........
dah lama tak terusik blog ni....  Alhamdulillah.. hari ini dapatlah risma coretkan sedikit... apa yang terbuku dihati... semoga... apa yang berlaku... dijadikan pedoman untuk diri... dan juga kita semua.... InsyaAllah...:) Risma coretkan warkah ini.... khas untuk mu "teman" semoga mengerti....:)


       Terdengar suara2 ……. Berlagu kencang…. Andai diri ini pohon yang rapuh… pasti telah lama tumbang…..
Wahai teman2 yang dikasihi…. Ku izinkan dirimu… berlagukan diriku….. meskipun…. Diri ini terluka setiap kali… angin membawakan khabaran itu…. Namun, InsyaAllah…. Daku sekuatnya cuba IKHLASKAN……

“alah dia ni…. Nak belagak alim pulak…. Macam lah tak pernah COUPLE…..”
Benar katamu sahabat….. diri ini juga pernah dikasi dan mengasihi…. Naluri setiap insan… selalu ingin rasa dilindungi… NAMUN………. Adakah jika sidia menyayangimu sepenuhnya..… dimana sidia..saat….. dikau memerlukannya…. Bukankah saat getirmu… PENCIPTA juga yang dicarimu…..

“hahahahah…… dia tu…..bukannya pakai tudung labuh sampai ke lutut pun…. Yang nak sangat jadi anti COUPLE sangat”
Ya Sahabat….daku mampu menggangguk lemah…. Kerana diri ini belum mampu menyarungkan TUDUNG LABUH…. Pada diriku…. daku  hanya menyarungkan tudung yang mengikut syariat yang ditetapkan…. Melepasi dada…dan InsyaAllah tidak jarang……….  NAMUN… salahkah daku…. Menjaga batas2 pergaulan dengan menjauhi COUPLE…..

“alah…COUPLE jer kot….. bukannya buat salah besar… jangan nak belagak… macamlah, tak pernah ada perasaan kat orang jer..”
Benar sahabat…….. diri ni… juga manusia biasa….  Ada menyimpan sejuta harapan pada si “TEMAN”….Bahkan… rasa kasihku padanya…  Tidak pernah BERKURANG…. Namun… ku PENDAMKAN perasaan yang telah lama bersarang……. Kerana daku tidak mahu…. Menjadi penyebab yang mengheretnya….. menuju ke NERAKA…….

“Anti COUPLE??? Hahahaha… jadi andartu lah kau…”
Andai…….gelaran ANDARTU menjadi ketentuanMu… ILLAHI.. daku sebagai hambaMu… pasrah… InsyaAllah… daku ikhlaskan… NAMUN…… ingatlah teman… bukan dengan berCOUPLE…….. menjaminkan ia JODOH kekalmu…. Setiap yang BAKAL terjadi…….telah lama tersurat…… yakinlah..dengan janji Allah…..:)
Bukan berniat menjauhi cinta……
Semoga dengan hadirnya warkah ini… meleraikan kekusutanmu… “Sahabat”
Diri ini gadis biasa…. Bukannya terpilih dilahirkan dalam keluarga yang diwarisi  asas Agamanya…. Ibu dah ayah…  bukanlah berstatus Haji…….Hajah…….mahupun …. imam dan Bilal.. … mereka hanya insan2 biasa…. Namun… Diri ini bersyukur… dengan kekuatan mereka… mampu memberikan asuhan pada kami adik beradik….
Mengertilah sahabat… mengapa Diriku menolak “berteman” denganmu…. Kerana ilmu Agama yang termiliki terlalu cetek.. tidak mampu menjadi BENTENG…. Dari terjebak mendekati zina… meskipun… tanpa berCOUPLE …. diri juga mungkin terjebak dengan zina hati…mata………….  Apatah lagi andai diri ini menerima “LAMARAN” mu “Teman”…..

p/s: “teman”
cintaku padamu  adalah kerana agamamu… andai hilang  agamamu… maka, hilanglah cintaku padamu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...