Followers

Sunday, May 22, 2011

"Aku terima nikahnya"..... 1

“Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini”

             menari-nari henset nokia pemberian ayah minta diangkat, namun ku biarkan sahaja ia terus berdering.terpampang jelas namanya diskrin hensetku menambahkan lagi kemalasan untuk menekan butan ON. Seketika kemudian TIK….TIK….TIK… meluncur laju sekeping SMS diterima. Ku gagahkan menekan butan OPEN,

“Anis…… kenapa awak menzalimi saya? Apa dosa saya pada awak. Sampai sanggup awak ……… biar apa jua pilihan awak, saya janji tak kan lupakan awak, sampai bila-bila .. itu janji saya wassalam”

Mengalir laju air mata ini membasahi pipi.
“andainya kamu mengerti” bisik hatiku.

Ku biarkan SMS itu tanpa berbalas. tidak mahu nekadku ini bercampur baur apatah lagi EN Tan. Nama “manja” yang selalu ku gunakan untuk musuh utama yang sentiasa cuba untuk menyesatkan manusia.
Melangkah perlahan anis menuju ke bilik air. Seperti biasa andai dirinya dibaluti kesedihan mahupun kegembiraan, pasti kekasih hatinya menjadi tempat mengadu.

Selesai solat hajat dua rakaat , anis mula mengadu kepada kekasihnya. Tak tertahan sebak didadanya, lalu mengalir mutiara jernih dipipinya. Dalam doanya anis berkata;

“Ya Allah…. Ya Tuhanku… Dikau lebih mengetahui apa yang berlaku pada diri ini.. dan anis hanya merancang, namun Dikaulah Perancang terbaik.. kuatkanlah hati Anis Ya Allah, seperti mana kuatnya hati SrikandiMu. Sumayyah.. pinjamkanlah tekad yang dimiliki SrikandiMu dalam Anis melalu ujianMu ini. Ya Allah Jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku. dan Jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu.Anis Ikhlaskannya..”

Bersegera Anis melipat telekungnya.. teringatkan sekejap lagi ayahnya akan pulang dari kerja. Seperti biasa Anis tidak pernah bosan menyediakan juadah dan Air teh kegemaran ayahnya. Anis tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai kakak yang sulung.meskipun Anis adalah anak ketiga daripada empat orang adik beradik, dia senang dipanggil kakak yang sulung kerana kematangannya setanding dua orang abang-abangnya. Dan apabila kenakalannya menyinggah, mengalahkan adik bongsunya yang 
juga perempuan.

Meja diruang tamu terhidang cekodok pisang dan juga air kegemaran ayahnya. Sebolehnya Anis tidak mahu membebankan ibunya dalam menyiapkan kerja-kerja rumah, niatnya selagi dia masih dalam tempoh cuti semester ini. Anis ingin meringankan beban ibunya..

Ibunya masih tekun di satu sudut, menyiapkan baju-baju kurung untuk hari raya nanti.tersenyum anis melihat ketekunan ibunya.

“kusyuk” bisik hati kecilnya.

Timbul kagum pada ibunya. Menjadi tabiat ibu, tidak gemar melakukan sesuatu di saat-saat akhir. Andai dihitung masih ada beberapa bulan lagi sebelum puasa, namun ibu sudah hampir-hampir menyiapkan kesemua baju itu.

Ditepuk lembut bahu ibu,
“ibu, jom minum.. Anis dah siapkan minum petang” katanya sambil tersenyum.

“tak per lah anis, ibu tunggu ayah pulang nanti.., Anis ajak lah adik minum dahulu” balas ibunya sambil membalas senyuman anaknya.

Petang yang damai itu, Anis berupaya untuk mengukir senyuman. Meskipun dihatinya sedang terluka. Anis anak yang kuat, dia tidak mahu menjadi lemah dihadapan insan yang tersayang.

Walaupun begitu, naluri seorang ibu tak mampu Anis bohongi.ibunya mampu merasakan kehibaan anaknya. Namun, ibunya bukanlah seorang yang memaksa.. dibiarkan sahaja anaknya yang memulakan cerita.
Teringat ibunya. Cerita lapan tahun yang lalu. Ketika mana Anis baru pulang dari mengambil keputusan UPSR nya. Tampak keruh pada air mukanya. dia tidak memaksa anak gadisnya bercerita. Malahan dia bijak memainkan peranan, berjenaka dengan sikecil itu.. sehinggalah sikecil itu mengukirkan senyuman lantas bercerita tentang keputusanya yang tidak sehebat kawan-kawanya yang lain.

Tersenyum sendirian mengenangkan masa lalu… kini sikecil sudah meningkat dewasa. Malahan sudah menjengah usia 20 tahun pada Januari yang lalu.sejak kecil anis seorang yang ringan mulut. Ada sahaja cerita yang dikongsikan bersama ibunya. Malahan penat ibunya melayan celoteh sikecil itu.namun kesabaran seorang ibu sentiasa menebal.hadirnya sikecil menceriakan suasana.. berbeza dengan anak bongsunya Aira, sedikit pendiam. Dan hanya bersuara dengan mereka yang dikenalinya sahaja. Banyak betul perbezaan dua orang anak perempuannya itu.

namun begitu dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang sentiasa menyejukan hatinya.
Jam yang tergantung kemas didinding sudah berdetik 12 kali.

Namun ayah belum juga pulang. Timbul kegusaran dihati Ibunya. Sudah menjadi kebiasaan ayahnya akan pulang sebelum magrib menjelma.

Aira berkali-kali menelefon ayahnya, namun yang dijawab hanyalah
“sila tinggalkan pesanan anda selepas bunyi bib…..”

Hanya tinggal mereka bertiga dirumah, Anis, Aira, dan ibunya. Kedua-dua abangnya masih berada di Sabah. Tuntutan kerja meraka memerlukan mereka menjadi perantau disana.

Aira mula sebak disisi kakaknya.sebolehnya, Anis tidak mahu kelihatan lemah disisi adik dan ibunya. Dia harus kuat seperti mana Srikandi Sumayyah.Ibunya pula tidak putus-putus berdoa keselamatan suaminya.
Henset Aira berbunyi.. “ayah….!!” Sedikit menjerit Aira. Apabila nama ayah terpaparkan disrinnya.

Kami bertiga mengukir senyuman.
“Alhamdulillah” ucap kami serentak.

“ayah……..kenapa lam….bat” Aira mula berhenti bertanya
Kelihatan Aira hanya membisu dan sepertinya sedang mendengar sesuatu ditalian……….
…………….bersambung…………

p/s: baru mula berjinak dengan novel.. seandainya kawan yang membaca ini ada komen.. risma dengan hati yang terbuka menerimanya. J

4 comments:

Risma Wani Ridwan said...

komenlah seiklas hatimu wahai sahabatku....:) ni novel pertama risma disini... masih perlukan tunjuk ajar daripada kalian... :)

MindaMalay said...

Macam best jer...

Risma Wani Ridwan said...

alhamdulillah.. komen yang pertama.. andai ade2 kekurangan tegurlah sahabat...:)

Mutiara Bernilai said...

idea dan susunan ayat dah ok..

menarik! teruskan menulis untuk islam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...