Powered By Blogger

Followers


Monday, November 29, 2010

Tangisan dalam Senyuman..........[27.11.10]




30.11.10, Dikamarku

             Terpaku aku disitu…. Mataku redup memerhatikan dua pasang merpati melekat di luar jendelaku…. Terdetik dihatiku alangkah indahnya andai itu takdirku… tanpa ku sedari titisan air melalui pipi tembamku… ya Allah kuatkan aku mengharunginya, jika ini takdirku… aku redha ya Allah….  Hal dua hari lepas masih segar di ingatanku, fikiranku mengimbau laju…. Terdetik di hatiku meneliti blognya…. Berbunga-bunga hatiku membaca bait-bait puisi lakaranmu… sajak-sajak asli buatanmu… bersyukurku atas bakat kurnian tuhan padamu… lembaran demi lembaran aku jelajahi…. Senyum puas dipipiku menampak kan lekuk lesung pipi dipipi………
Sehinggalah lebaran terakhirku…. Namun,
          Terpana aku disitu…. Membaca penghujungnya…ku usap lembut mataku.. mungkin aku  pandanganku kabur…aku masih lagi cuba melegakan hatiku...
       mataku terpejam rapi dan dengan kalimah basmalah ku menelitinya lagi…… ternyata…….
Untuk sayangku Asma…. Terkelu aku disitu… ya Allah…. Apa salahku… laju air mata membasahi pipiku… mengapa setiap karya agungmu yang dahulu kau hadiahkan untukku kini milik si dia??? Kurang apakah aku di matamu?? Buruk apakah aku dihatimu……… ya aku manusia biasa…… yang banyak kekurangan… maafkan aku ……. Andai ini silapku…..
Kugagahkan jemariku  melangkah keluar dari blognya… mungkin itu persinggahan terakhirku…. Aku bersyukur atas apa yang berlaku… mungkin ini pentunjuk dariMu ya Allah…. Aku redha… mungkin bukan dia jodohku… ku tutup perlahan laptop ku… 
            perlahan langkahku melangkah ke bilik air… wudukku mengalir bersama titisan air mata….
Selesai solat isyak............
aku .......... mengangkat tangan, berdoa
“Ya Allah…andai dia bukan jodohku…. Luputkanlah ingatanku padanya………. Hapuskan memoriku bersamanya……… tenggelamkan  cintaku untuknya…… kuatkan ku… dan hanya padamu… aku berserah”
     Aku bangkit menunaikan solat hajat…..  dalam sujudku… kuselitkan doaku untuknya… “ya Allah…. Berikanlah dia kebahagiaan …. Andai itu pilihannya… aku redha ya Allah… dan kuatkan lah aku menghadapi dugaan ini…  dan maafkan ku ya Allah kerna aku menitiskan air mata kerana cinta lelaki yang hanya cinta duniawi… maafkan ku ya Allah… kuatkan keimananku kepadamu ya Allah..” 
Kecapai al-Quran di sisi almari…. Lembaran demi lembaran ku selak… sekali lagi air mataku menitis… kali ini bukan lagi kerna cinta duniawi ku… tetapi kerana Maluku kepadaMu ya Allah…. Terasa sudah lama aku tidak membaca kalamMu Ya allah…. Malu aku pada Rasullullah saw….  Ampuni aku ya Allah… aku hampir melupakanya…. Dengan kesibukan ku ……..  aku bersyukur..atas apa yang berlaku… kini aku memahami… setiap yang berlaku ada ikmahnya…. Alhamdulillah ya Allah… kau buka kan mata hatiku… yang selama ini dilitupi kabus…. Kini aku bangkit……. Dengan semangat baru…. 
Kini……… aku bukan lagi seperti dahulu……. Aku semakin matang atas pengalaman yang berlaku……… kepada si dia.. aku doakan kebahagiaan mu… dan aku berterima kasih kepadamu… kerana  menghadiahkan sesuatu yang “bernilai”….. kini aku makin tabah….
           dan Kini cintaku hanya milik penciptaku…
“Ya Allah…. Jauhkanlah cinta yang akan melalaikan cintaku kepadaMu”



      ~~ karya asliku risma wani,semoga bermanfaat~~


Terluka..................... selamanya...

                    
27.11.10………..
Satu tarikh keramat……….
Tak mungkin pudar dari benakku…….
Tak mungkin hapus dari hatiku…
Dan………. Tak mungkin mati dari sisa ku…..
Tarikh keramat yang berbisa…..
Tersungkur aku di situ…
Hatiku remuk….. lebur…. Luka….
Kebenciaan ku…. Berombak…….
Tiada lagi buih-buih….
Tiada lagi desiran pantai….
Dan…….. tiada lagi sucinya cintaku…
Kini……. Segalanya berakhir…
 bersaksikan leburnya cinta ku…
………………[27.11.10]

Tuesday, November 23, 2010

nok diet........... nok diet....

assalamualaikum............ 
huhuhuh.................. nok diet... nok diet....
ayat tu lah yang keluar dari bibirku saban tahun..... tapi hakikatnya.....
huuuhh............. hanya kawan2 yang mengenali diri ini.... mengetahuinya.... huhhuh.....
kawan2 rahsia tau.... jangan bagitau orang lain.... huhuhu............
bak kata perpatah...... nak seribu daya dik eehhh...........
tak nak seribu dalih.... so aku ni... dalih atau daya.... heheheeheh......... entah lah labu......
       apa2 pon.... ni ada info sedikit tuk kawan yang sama-sama nak kurus .....
heheheh,,, kira kawan seperjuangan ku lah.... huhuhuh..............
jom..... baca.....

Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah

Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.


Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.


Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.


Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.


Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.
Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.
Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?


Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.


Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.


Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.


Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.


Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.


Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.


Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.


Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.


Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.


Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.


Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

seram...........tapi ........ bagus....

huhuhu..... eehhh
lupa lak nak bagi salam dulu.... assalamualaikum...
huhuhu........... seronok sangat jumpa kawan2............. Seram.... tapi Bagus....
apa punya tajuk lah.... aku pilih ni... heheheheh........... tapi.... takut lah pulak.... kawan2 baca sendirilah...
dah naik seram sejuk ni............

ARWAH IBU MELAWAT JENAZAH ANAK

by Classic Berbisik on Sunday, 07 November 2010 at 23:13
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.


Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.


Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.
Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh,
namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.
Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti,
sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,
tetapi hitam seperti terbakar.
Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.
Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya;
apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam?
Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.


Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya.
Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri
di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir,
dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.
Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,
namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.
Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.


"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."

"Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,
wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.
Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan
membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku
sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.
Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.
Dia seperti menyembunyikan sesuatu.


"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,
saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "
kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.
Sambil mengesat airmata, dia berkata,

"Ustaz, anak saya ni memang baik,
patuh dan taat kepada saya.
Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,
dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.
Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi

"apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,
Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.
Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,
dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,
anak makcik ini akan terus naik angin.
Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,
maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.
Mungkin itulah yang berlaku.
Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,
malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya,
wanita tersebut meminta diri untuk pulang.
Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.
Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.
Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,
"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.
Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang
sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,

"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,
wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.

"Kalau wanita itu yang ustaz katakan,
perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,
saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.
Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,
yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,
dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.
Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat
bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

-sekian-


www.haticlassic.blogspot.com  .•´¯`•.¸¸.•

Tersirat dan tersurat...........



assalamualaikum............. kawan2....


masa amat pantas berjalan............. bukan setakat berjalan.... berlari.... melompat.... merangkak pon pasti kita akan dikalahkan masa......   eeeemmmm, kadang2 dengan kesibukan dunia... kekhayalan dunia....
kita seringkali terleka........... sampaikan kewajipan kita terabai.......... hati ku berdetik .....
aku juga salah seorang daripadanya............ ya Allah kuatkan hatiku dalam menempah  Tiket Ke Syurgamu....
seringkali terleka dahn terpesona dengan duniawi........... ampunkan ku ya Allah.........


               tanpa kita sedar........... setiap yang diperintahkan ada hikmahnya.....
jom..... sama2 mendalaminya....

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Isn, 08 Nov 2010 16:32 | frida | Editor: b_b 


Waktu Subuh

Sebagai contoh,
pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.


Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.


Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.


Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.


Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.


Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
- Artikel iluvislam.com

huhuhuh.......... couple




       Assalamualaikum............
kawan2.... huhuhu.......... jumpa lagi....
kawan2 semua sihat tak...???? (huhuhuu, ni soalan ke jawapan) jangan pening2... huhuhu.. ni
"ayat2 famous"yang biasa digunakan apabila nak kenakan kawan2.... huhuhu...
         emmmmm, yang sebenarnya saya yang tak sihat sikit........huhuhu tapi malu2 kambing pulak nak mengaku.... dari tadi lagi terbersin-bersin ni..... al maklumlah musim hujan  sekarang ni...
ok lah , berbalik pada tajuk kita kat atas tu..............
ni mesti ramai dah tersenyum-senyum kambing kan... pantang tengok tajuk "COUPLE"... huhuhu.... senyum sampai ke lutut....
         "emmmmmmmmm dalam tak sedar ku menangis....." tu lagu...
tapi..."emmmmmmmm dalam tak sedar ku bercouple......." ni hakikat sebenar sebuah kehidupan...
heheheheh......... malu nak mengaku.... semua pon pernah kenal cinta monyet kan.... entah2 monyet pon kenal kita kot... huhuhuh.....  orang kat bilik rd2/314..... jangan ambik hati ehhh.... tau kat bilik awak para2 saintis monyet selalu buat rombongan.... huhuhuh
    
   semua nak disayangi dan menyayagi...... tapi boleh ke couple???
jom kita hayati kisah di bawah ni.....


“Ustadz, apa hukum ‘BERCOUPLE’?”

Nabilah dan Husna baru sahaja habis kelas dan merancang untuk berjumpa Ustadz Faisal untuk bertanya sesuatu yang bersarang di kepala mereka dan rakan-rakan mereka.
“Assalamu’alaikum, ustadz” tegur Nabilah & Husna kepada Ustadz Faisal yang sedang khusyuk membaca sesuatu di dalam komputernya.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah.  Oh, kamu Nabilah, Husna.  Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya Ustadz Faisal sambil melemparkan senyuman.
“Ustadz sibuk ke?” tanya Husna.
“Eh, takdelah.  Biasa-biasa saje.  Hah, ada apa-apa yang awak nak tanya ke Husna, Nabilah?” Ustadz meneka agaknya mungkin ada soalan yang mahu ditanya oleh mereka berdua.
Nabilah dan Husna adalah pelajar yang suka bertanya.  Ustadz Faisal sudah mengagak mesti ada soalan yang hendak ditanya mereka.  Ustadz Faisal memang suka pelajar-pelajarnya datang dan bertanya.  Dengan cara begini, Ustadz Faisal tahu apa yang berlegar di dalam fikiran anak-anak muridnya dan beliau mengharapkan dengan memberikan jawapan-jawapan itu dapat membantu memberikan kefahaman tentang bagaimana sesuatu isu atau perkara itu dapat diselesaikan dengan pendekatan agama.
“Engkaulah tanya…” bisik Nabilah kepada Husna.  Husna pula membalas balik, “Eh Nabilah, engkaulah tanya…” Mereka masing-masing tolak-menolak.
“Eh kamu berdua ni.  Kalau kamu tak nak tanya, biar saya jelah yang tanya.” Gurau Ustadz Faisal sambil membulatkan matanya yang kecil itu.
Nabilah dan Husna tertawa tersipu-sipu.
“Begini ustadz…” Nabilah menolak Husna dengan bahunya.  Husna membalas kembali tolakan itu.
“Hmm…tergedik-gedik, tergedik-gedik diorang ni” bisik hati ustadz Faisal.
“Kami nak tanya pasal couple ni ustadz…” Nabilah memulakan bicara.
“Apa benda couple tu?” tanya ustadz pula sambil mengerutkan keningnya.  Sengaja buat tak tahu.  “Jenama ais krim ke?” sambung Ustadz Faisal bergurau.
“Alaa, ustadz ni…takkan itu pun tak tahu…hehe” Nabilah dan Husna tertawa.
“OK, cuba awak terangkan pada saya apa yang awak faham tentang couple?” Ustadz Faisal menanyakan mereka berdua untuk menguji.
“Yang saya faham, couple ni macam bercintalah ustadz.” Terang Husna.
“Tak boleh ke bercinta?  Habis tu saya sekarang ni cintakan isteri saya, tak boleh ke?” uji ustadz Faisal lagi.
Ustadz Faisal memang macam tu caranya.  Dia biasanya akan bertanya itu dan ini kepada pelajar-pelajarnya jika pelajar-pelajarnya bertanya tentang sesuatu perkara.  Tujuannya ialah supaya mengajak pelajar-pelajar itu sama-sama mencari jawapan dengan berfikir.  Sebab kadang-kadang, jawapan kepada persoalan yang ditanya sudah mereka tahu tanpa mereka sedari.  Cuma masih belum kemas barangkali kefahamannya.
“Bukan macam tu ustadz.  Macam kami nilah, remaja bercinta.  Belum kahwin.  Masing-masing ada pasangan masing-masing.  Boyfriendlah, girlfriendlah.  Macam tulah… Boleh tak ustadz?” Nabilah memberikan penerangan disusuli soalan.
“Begini…saya nak tanya awak balik.  Apa yang selalu diperbuat oleh pasangan-pasangan yang bercinta ini, yang awak panggil couple ini?” Sengaja Ustadz Faisal bertanya lanjut bagi membuka minda Nabilah dan Husna.
“Tentulah mereka berjumpa, berdating ustadz.” Jawab Husna dengan penuh yakin.
“Lagi?” Ustadz Faisal mengajak Nabilah dan Husna memikirkan apa yang diperbuatkan oleh pasangan yang bercinta atau bercouple ini.
“Mereka tukar-tukar hadiah, mereka keluar sama-sama, belajar sama-sama.” Terang Nabilah pula.
“Lagi?” Ustadz Faisal bertanya lagi.
“Hmm… itu jelah yang kami tahu, ustadz.” Husna menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil melihat ke siling untuk mencari jawapan.
“Hah, awak tengok apa tu Husna?  Ada jawapan ke kat siling tu?” sergah Ustadz Faisal sambil tersenyum.  “Kalau macam tu, saya nak tengok jugaklah.” Ustadz Faisal melawak.
“Ish ustadz nih” Nabilah dan Husna tertawa melihat gelagat Ustadz Faisal.
“OK, awak kata orang yang bercouple akan berjumpa, dating, itu dan ini.  Dalam ISLAM boleh ke lelaki dan perempuan berjumpa?” Ustadz Faisal meminta jawapan dari Nabilah dan Husna.
“Bolehlah ustadz.  Kalau tak boleh macam mana nak beli barang, nak belajar dan sebagainya.” Nabilah memberikan jawapannya dengan penuh yakin.
“Ha, begitulah.  Lelaki dan perempuan kalau mempunyai urusan atau hajat tertentu memang boleh berinteraksi dan bermuamalah seperti berjual-beli, belajar, bermesyuarat dan bekerja.  ISLAM membenarkan.  Tetapi, jika tiada sebab yang penting, ISLAM melarang lelaki dan perempuan bergaul bebas dan berjumpa.” Ustadz Faisal memberikan penerangan.
“Dalam al-Quran, ALLAH menyuruh lelaki dan perempuan yang muslim agar menundukkan pandangan.  Malah ada saranan untuk berinteraksi di sebalik tabir di antara lelaki dan perempuan bagi menjaga kesucian hati kedua-dua pihak.  Betapa ISLAM telah menggariskan hukumnya.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah………..” Tiba-tiba Ustadz Faisal diam dan tunduk.  Beliau menajamkan pendengaran beliau seperti ingin mendengar sesuatu.
“Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam……….” Beliau mengulang dan diam lagi.
Nabilah dan Husna tiba-tiba teringat dan serentak mengucapkan “sallAllahu ‘alaihi wasallam…”. Mereka tersipu-sipu.
Ustadz Faisal tersenyum lalu menyambung semula “Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah suatu ketika di dalam majlis ilmu, seorang perempuan datang bertanya sesuatu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah menolak muka seorang lelaki yang merupakan sepupu Baginda yang ada di dalam majlis tersebut.  Apabila ditanya kenapa dibuat demikian,  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa lelaki dan perempuan tidak aman dari dipengaruhi Syaitan.” Ustadz Faisal memberikan penjelasan.
“Dalam ketika yang lain, seorang buta pernah datang berjumpa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan menyuruh Aishah agar duduk di belakang tabir.  Aishah radhiAllahu ‘anha bertanya, “bukankah dia buta, mana dia nampak saya.”  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, dia buta dan tak nampak engkau.  Tapi engkau boleh melihat dia.”  Nah, ISLAM telah meletakkan peraturan bahawa antara lelaki dan perempuan mesti ditundukkan pandangan dan tidak bebas bergaul di antara keduanya.  Sedangkan pandang sahaja pun ISLAM sudah mengawal, inikan pula lebih dari itu.” Sambung Ustadz Faisal lagi.
“Awak faham tak apa yang cuba saya sampaikan.” tanya Ustadz Faisal kepada Nabilah dan Husna untuk mendapatkan respon mereka berdua.
“Faham ustadz.” Serentak Nabilah dan Husna menjawab.
“Jadi, saya rasa awak dapat jawapannya kepada persoalan awak pasal couple ini.  Awak lihatlah orang-orang yang bercouple, apa mereka buat?  Mereka berjumpa, berbual-bual, bermesra, keluar sama-sama; sedangkan ISLAM tidak merestui hubungan lelaki dan perempuan yang belum bernikah berbuat itu semua.  Pendek kata, ia hanya akan meletakkan diri seorang muslim dalam keadaan berdosa dan kemurkaan ALLAH.  Malah boleh menjerumuskan diri ke dalam perzinaan.” Terang Ustadz Faisal.
“Oh ya ustadz, saya teringat ayat al-Quran kata, “la taqrabuzzina!”…”  Husna mencelah.
“Betul tu Husna, bagus.  ALLAH Subhanahu wata’ala kata jangan dekati zina.  Perbuatan-perbuatan seperti berdating, berjumpa, keluar sama-sama, itu semua adalah perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kita semakin hampir dengan zina, na’udzu billahi min dzalik!” Ustadz Faisal mengiyakan apa yang diutarakan oleh Husna.
“Awak ingat tak hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang sebut pasal lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan?  Saya pernah jelaskan dalam usrah umum sekolah kita” tanya Ustadz Faisal.
“Yang mana satu ek?” Husna memandang Nabilah.  Dan sekali lagi dia memandang siling mencari jawapannya.
Tiba-tiba Ustadz Faisal pandang siling, diikuti Nabilah.  Husna perasan gelagat beliau ditiru Ustadz Faisal dan Nabilah.  Husna senyum tersipu-sipu.
“Confirm takde jawapan kat siling tuh…hehe” Ustadz Faisal mencelah, bergurau.
Mereka bertiga tertawa.
“Oh saya ingat, ye…hadith pasal lelaki dan perempuan yang bersendirian akan ditemani oleh ‘orang’ ketiga, iaitu Syaitan.  Yang tu kan ustadz?” Nabilah bersuara meminta pengesahan jawapannya daripada ustadz Faisal.
“Bagus Nabilah.  2 markah untuk awak.” Ustadz Faisal tersenyum bangga sambil menyambung, “Syaitan ni takde kerja lain.  Kerjanya untuk menyesatkan manusia.  Jangan awak sangka Syaitan duduk di antara lelaki dan perempuan yang bersendirian tu tengok aje, senyum-senyum aje.  Tak!!!!  Dia akan mainkan peranannya supaya lelaki dan perempuan itu akan terjebak dengan zina, iaitu dosa besar yang dimurkai ALLAH.” Jelas Ustadz Faisal.
“Mungkin mula-mula ringan-ringan.  Pandang-pandang, sentuh-sentuh.  Kemudian pegang-pegang.  Apabila dah biasa, mulalah berzina.  Syaitan ni pandai, genius.  Dia dah ada pengalaman jutaan tahun.  Bagi dia kacang je nak bagi manusia ni terjebak dengan bunga-bunga zina dan zina itu sendiri.  Sejarah dah membuktikan.  Malah sekarang ni pun macam-macam gejala sosial berlaku.  Bohsia, bohjan, buang bayi, pelacuran.  Ini semua akibat kita pandang ringan hukum ALLAH.  Astaghfirullah…” sambung Ustadz Faisal lagi.
Nabilah dan Husna mendengar dengan khusyuk penjelasan Ustadz Faisal.
“Sebab itu kita disuruh jaga pandangan mata kita dan seluruh pancaindera kita.  Awak kalau nampak ayam goreng, awak rasa nak makan tak ayam goreng?” Tanya ustadz Faisal.
“Tentulah ustadz.  Bukan sahaja nampak, bau aje pun dah teringin.” Jawab Husna.
“Ha’ahlah.  Hish, ustadz ni sebut pasal ayam goreng, terasa pulak nak makan ayam goreng.” Sambung Nabilah pula.
“Hehe…tulah manusia.  Manusia ni kalau tak jaga pandangan dan pancaindera kita, kita tentu berkeinginan untuk memiliki sesuatu.  Kalau awak pandang lelaki, tentu awak rasa nak memiliki perhatian lelaki itu.  Macam lelaki, kalau dia nampak perempuan cantik, tentu dia nak jadikan dia sebagai awek.  Tapi, kalau dia tak nampak dan tak tengok, tentu dia tak teringin pun.  Fikiran kita pun jangan disibukkan dengan hal-hal couple ni.  Jangan asyik berbual pasal couple dengan kawan-kawan, gossip si anu dengan si anu, baca buku cinta…ini semua dapat membuatkan kita mempunyai keinginan untuk bercouple.” Ustadz Faisal memberikan penerangan.
Nabilah dan Husna mengangguk tanda setuju.
“SubhanALLAH, ALLAH tahu fitrah kita.  DIA yang ciptakan kita.  Dia suruh kita menundukkan pandangan ada sebabnya.  InsyaALLAH, jika awak ikut apa yang ALLAH suruh, awak akan selamat dari bahaya bercouple ini dan lain-lain bahaya…” jelas Ustadz Faisal.
“Malah, jika kita jauhi amalan couple ini, insyaALLAH gejala sosial seperti zina dan buang bayi akan menjadi sifar.  Masyarakat akan lebih sejahtera.  Nampak tak betapa besarnya implikasi couple ni.  Mungkin sebahagian masyarakat nampak kecil dan biasa-biasa sahaja, sedangkan ia boleh menatijahkan sesuatu yang buruk kepada masyarakat.” Sambung Ustadz Faisal dengan wajah yang serius.
“Ustadz, alhamdulillah saya rasa saya dah faham apa hukum bercouple ni.  InsyaALLAH ustadz, saya dan Husna akan cuba ingat nasihat ustadz ni.” Nabilah seakan dapat menyimpulkan perbincangan pada petang itu.
“Doakan kami ye ustadz supaya kami dapat jaga diri kami ye…” sambung Husna pula.
“InsyaALLAH Nabilah, Husna…saya doakan agar kalian dipelihara ALLAH.  Sebaik-baiknya kamu berdua kongsikanlah apa yang kita bincangkan ini dengan kawan-kawan yang lain.  Mudah-mudahan mereka semua akan faham apakah kedudukan bercouple ini di sisi ISLAM.” Ustadz Faisal merespon.
“Tapi ustadz, macam mana ye kalau kami remaja ni jatuh cinta?” Tiba-tiba nabilah bertanya lanjutan dari perbualan itu.
Belum sempat Ustadz Faisal membuka mulut, tiba-tiba Jannah datang memanggil Nabilah dan Husna dengan penuh tergesa-gesa.
“Bas datang, bas datang!  Cepat, cepat…!” jerit Jannah sambil memegang daun pintu, termengah-mengah.
“Ah ustadz, kami minta maaf!  Kami terpaksa minta diri dulu.  Nanti kami datang lagi jumpa ustadz tanya.  Terima kasih ustadz” Nabilah dan Husna tergesa-gesa memohon diri.
“Sama-sama.  Hah, cepat..nanti bas tinggal, susah pulak.  Takpe, esok kalau awak nak tanya lagi, datang je jumpa saya di bilik guru ni” Balas Ustadz Faisal.
“Assalamu’alaikum ustadz” Ucap Nabilah dan Husna.
“Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.” Jawab ustadz Faisal.
Shahmuzir Nordzahir
16 Oktober 2010

www.muzir.wordpress.com
         

Monday, November 22, 2010

Salam Perkenalan.....

Assalamualaikum.............


   Salam perkenalan..........
terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri........ saya berasal dari sebelah pantai timur.... tempat penyu mendarat... huhuhuh........ kawan-kawan nak jumpa penyu???... singgahlah sini.... jangan malu-malu..
mana lagi kalau tak di.... jeng3.... huhuhu.... TERENGGANU,  
          "di sinilah aku mula mengenali DUNIA.....
            di sinilah jatuh dan bangunku......
           di sinilah kisahku bermula....
           dan di sinilah.... memoriku terukir...."        
nama diberi Risma Wani bt Ridwan...
mula melangkah ke alam persekolahan di  Tadika Kemas..
           huuhuh....... lucu rasanya mengigati masa lalu ku..... hari pertama persekolahanku, aku ditemani ibuanda tercinta... dari pagi sampailah ke lah ke petang ibuku tak jemu-jemu menanti diluar kelas bersama ibu-ibu temanku yang lain........
sesekali aku  pandanganku menghala ke jendela...... ku melihat ibu mengelap peluh didahinya.... tergambar keletihan dimukanya.... tetapi ibu masih lagi mampu tersenyum...
dong.........dong.........dong....
   jam di dinding kelasku berbunyi...
inilah yang ku nantikan dari tadi...... walaupun aku tidak mahir lagi mengenal waktu  ketika itu,
namun ku tahu.... sekarang waktu pulangku... kerana cikguku mula mengemas-ngemas mejanya...
heheheheheh............ yahoo.......... yahoo.... boleh balik.... bermakna boleh makan coklat...
      aku memang pengemar coklat.... pasti ibu membelinya di perjalan pulang nanti...
huhuhuh....... itu sahaja lah dikotak fikiranku ketika itu....
melangkah sahaja di muka pintu...
 aku terus berlari mendapatkan ibu..... ibu menyambut ku dengan senyuman ......
wah... begitu manis... apalagi apabila ditambah lesung pipit di kedua-dua pipinya... penambah seri...
aku bersyukur, kerana aku mewarisi lesung pipit dari ibu.....itulah pengalaman pertamaku mengenal ilmu..
sampai detik ini... aku tak mampu melupakannya..... aku sayangkan mu ibu....
        pengorbananmu..... tak ternilai......... sayang kamu....


kemudian, aku menyambung persekolahanku di sekolah rendah berdekatan dengan rumahku...
s.k.paka..... (sekolah kebangsaan paka)... disitulah aku melanjutkan kisahku..... disitulah aku mula mengenal dunia... disitulah memori suka dan dukaku sebagai pelajar.... aku seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran,
lebih-lebih lagi dalam matematik dan bahasa inggeris, namun atas sokongan keluarga , guru-guru, dan kawan
aku melangkah dengan yakin..... TERIMA KASIH SEMUA.... tak kan ku lupa kamu...
lebih-lebih lagi cikgu Masyitah yang mengajar ku sains dan cikgu Saarina yang mengajarku matematik...
kenangan bersama kalian masih segar dimemoriku..... tak lupa juga... tenaga pengajar yang lain.... dan berlalulah zaman-zaman kenakalanku...


        selepas itu, aku mula menyambung pengajianku di sekolah S.M.K.P (Sekolah Menengah Kebangsaan Paka)......... daripada PMR sampai lah ke SPM aku masih setia disitu.... keputusanku PMR ku sederhana sahaja, tetapi masih melayakkan aku berhijrah ke sekolah lain, tetapi... keluargaku seperti berat hati untuk melepaskan ku berangkat... oleh itu, berkampunglah aku di situ.... namun aku tidak begitu sedia...
kerana masih ada ramai teman- seperjuanganku.... Rufaida, Ayu, Sharifah, Nisa dan teman-teman lain...
kenangan bersama kalian masih segar dimemoriku.... aku rindukan detik-detik manis bersama kalian....semasa di tingkatan satu,aku memilih untuk tinggal diasrama bersama teman-teman lain....
asramaku bukanlah asrama penuh, tetapi asrama harian.... namun peraturannya sama sahaja..
      AMAT KETAT............ ada waktu belajarnya... ada waktu makannya.. dan ada waktu riadahnya...
huh........ kadang-kadang penat sangat melalui rutin harian seperti ini.... memenatkan, tetapi berbaloi...
disebabkan itu, aku mampu berdikari dan yakin dengan diri.... disitu lah aku mengenali seorang ustazah yang banyak membimbingku... mendengar luahan-luahan hatiku.... beliau orang yang amat aku sanjungi..
USTAZAH Siti Mariam..... banyak ilmu-ilmu agama yang dicurahkan... terima kasih ustazah...
kerana memantapkan ilmuku.... dan sampai sekarang aku masih dahagakan ilmu agama...


       al-kisah sebenar kehdupan pun bermula..... selepas SPM  berlalu dengan keputusan yang sederhana, aku mula melangkah kemenara gading.... UITM menjadi pilihanku..... dan kini, aku sudah berumur 19 tahun.... dan tak lama lagi aku bakal menyambut hari kelahiranku pada 9 januari ini..... doakan kesejahteraanku wahai sahabat- sahabat seperjuanganku... doakan kejayaan ku.... amin...
                   salam sahabat, salam memori..... jumpa lagi... huhuhu ada kerja sikit....
                                     assalamualaikum.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...