Powered By Blogger

Followers


Wednesday, May 25, 2011

pengajaran bermakna....

Assalamualaikum…

Gempak…….gempak……memang gempak…. Result kali ni… memang hahahahah..rasa macam nak bergolek 10 kali kat lantai……..  pointer sem ni… teruk jatuh…….. dan secara langsung CGPA akan tertarik sekali… maafkan saya wahai CGPA ku……… saya pon tak sangka rupa2 nya mulut saya ni “MASIN” bebenor…….. 

Imbas kembali…
Selepas selesai exam statistic hari tu……… saya balik dengan muka seposen…. Dah sampai bilik… budak2 bilik Tanya,
“hah… macam mane risma?? Boleh jawab tak exam”
Saya pon dengan muka kelat… laju jer jawab;
“ Risma lagi rela repeat statistic, daripada Risma dapat C !!!”

Dan AKHIBATNYA!!!!!
Allah swt betul2 makbulkan doa Risma….
Malam tu, dalam pukul 12.15… tergerak pulak hati nak on facebook. Maka saya tanpa segan silu..terus jer on facebook…. TUP……TUP….. ade lah terbaca kat STATUS kawan ni.. dia tulis… “RESULT dah kuar”
Saya pon dgn berat hati bercampur takut…… pi lah kat student portal… kuar lah result depan mata….. sebelum tekan show tu… jantung tak payah ceritalah……dah macam terhenti……… THEN,

Tengoklah…dari atas….. subjek pertama : LU (lulus)
Semua subjek dapat :LU…. Masa tu… dah tekup tangan kat muka dan  say “Alhamdulillah”…….. TIBA2… mata ni… focus lah pada subjek yang list dia paling bawah sekali….. iaitu STATISTIC…….. tertulis kat situ…
STATISTIC :GA (gagal)

Masa tu………….. tuhan jer tau….nak nangis dah tak mampu…… nak bergolek2 lagi lah tak terdaya……so…. Lepas tu, terus tutup laptop.. laju jer… pi ambik wuduk then. Solat hajat 2 rakaat… dalam doa malam tu…
“ Ya Allah…. Terima kasih kerana anugerahkan kekuatan kepada Risma dalam hadapi dugaan ni… (setiap kali lepas solat fardu, risma akan berdoa… ya Allah sekiranya Result kali ni TERUK… kurniakanlah hati yang teguh kepada risma seperti hati yang dimiliki SrikandiMu.. Sumayyah)  namun, Risma minta ya Allah…anugerahkanlah juga kekuatan yang sama kepada kedua ibu bapa Risma untuk mendengar RESULT risma esok…”
 Selesai mengaminkan doa… risma ambil sekeping kertas dan lipat kepada dua bahagian.. …. Risma tulis besar2 kat atas kertas tu… :

“Assalamualaikum… mak, ayah, mira, emi, peza…. Maafkan saya, kerana tak dapat buat kalian tersenyum dengan result kali ni…
(risma pon tulis berapa result yang risma dapat sem ni.. di sebelah kiri.. dan result sem lepas disebelah kanan… risma bandingkan perbezaan nya…”
Then, risma tulis satu pesanan kat situ:
p/s: Saya janji dgn semua sem 4 ni… saya akan tebus semua ni… itu janji saya…

dah siap tulis.. risma TAMPAL kertas tu kat depan pintu bilik risma..
pengajaran dari cerita ni….yang berwatak utamanya saya sendiri…:
p/s: risma betul2 belajar sesuatu yang berguna kali ni… dan biarlah ia menjadi pengalaman yang manis dalam hidup ni…. Sekarang risma sedar…. Kata2 itu Doa……  dan ia akan benar2 TERJADI J walaupun risma kena repeat… risma ikhlaskan…. Pasti ada ikhmah disebalik semua ni…. Allah Maha Besar…

(kalu risma tak salah information lah, dalam kelas risma sorang jer yang kena REPEAT…. Statistic…  hihihi  pelik dan ajaibkan… mungkin Allah SWT… nak risma belajar “SESUATU” dari pengalaman ni… Ya Allah… risma memang betul2 terpukul dengan “pengajaran “ kali ni…. TERIMA KASIH YA ALLAH…. Kerana telah sedarkan saya daripada terus TERSASAR….)

Kepada kawan2 kelas:
Diharap dengan jawapan risma yang tak seberapa ni…. Dapat menjawab SOALAN yang bermain difikiran kalian…. Dan TAHNIAH kepada kawan2 semua atas result yang cemerlang TU…. Jumpa sem depan dengan “WAJAH” baru… InsyaAllah… semoga dipermudahkan Allah….


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...