Powered By Blogger

Followers


Tuesday, September 6, 2011

Dia JodohKu?? (2)


4/9/2011-Ahad

Tepat jam 12 malam, penggera di henset pinknya bergetar…

“hari lahir BONDA”    “hari lahir BONDA”

Cepat2, jari ni menaip di perut hensetnya..

“Assalamualaikum, ibu… Selamat hari lahir ibu, moga ibu makin cantik setiap hari..cantik luar dan dalam..Kak Ngah sayang ibu dunia dan akhirat, kak ngah bertuah dapat ibu yang macam ni, segalanya untuk 
anak2..kak ngah tak ada kat rumah, ibu jaga diri yer..sayang Ibu..”

tuuuuuuuuuut……………tuuuuuuuuuuuut………

“waalaikumusslam, Terima kasih kak Ngah, ibu pun sayang kak Ngah.. kak Ngah jaga diri yer..”

Lalu dia membuka diari kecilnya.. (lalola), entah kenapa nama itu yang terukir disaat dia terpandang diari itu di kedai buku 2 tahun lepas.. 
Diselak perlahan lembaran isi lalola…
 tangan nya menulis sesuatu disitu..

(4/9/2011)

“ibu, selamat hari lahir ibu… kak Ngah rindukan Ibu… kak Ngah tau, ibu mesti bosan duk rumah sorang2.. anak ibu semua dah besar.. Adik Su dah balik matrik.. tinggal ibu sorang2.. maafkan kak Ngah ibu.. kak Ngah tau, Ibu sedih masa hantar kak Ngah dengan Adik Su tadi..nanti cuti sem kak Ngah balik yer ibu, kak Ngah bukan tak nak balik cuti hujung minggu… Tapi nanti, kalau kak Ngah balik, mesti kak Ngah sebak nak tinggalkan Ibu.. sebab Tu kak Ngah jarang balik hujung minggu..”
“p/s: kak Ngah saaaaaaaaaaaaaaaayang Ibu…”


Diselitkan lalola di Almari, bimbang jatuh ke tangan yang lain… malunya tak terkira.. segala isi hatinya disitu.. geram,suka dan duka..segalanya terukir dilembaran itu.. apalagi tentang “sahabatnya”…

Renioun???

Apa yang berlaku masa tu?… gesa Efa dan Lia, beria benar sahabatnya itu menyoal..

“sedih”.. hanya itu yang terkeluar dari mulutnya..

Alah kenapa? Makin galak meraka bertanya..

“orang yang ditunggu tak kunjung tiba” balasnya lambat-lambat

“Alah sedihnya… tak romantik lah kisah korang berdua ni, banyak sangat halangan” sambut Efa pula.

“tu lah kan, dan 2tahun Ma Tak jumpa dia..mana tak sedihnya..” balas Lia.

“mungkin dia bukan jodoh Ma kot..dan mungkin ni, satu petunjuk dariNya, supaya lupakan dia..siapa tahu??” balasku sambil cuba mengawal suara sebakku..

“sabar yer, kan Ma selalu ingatkan setiap yang berlaku ada hikmahnya.” Balas Lia dan Efa serentak.

Diselak lembaran lalola bertarikh 2/9/2011

“SEDIH…………”

Hanya sepatah yang tercatat disitu.. pilu benar hatinya.. Hanya Dia yang Maha Memahami.. entah kenapa, 2 tahun masa berlalu tak dapat mengubah hatinya.. wahai Alisya Maisarah, namun panggilan ini jarang digunakan dikalangan rakannya.. mereka lebih gemar memanggilnya dengan nama singkatan “Ma..”  dan hanya “sahabatnya” yang akan memanggilnya dengan nama Alisya,

“kenapa awak panggil kita dengan nama ni?” soalnya

“kenapa awak tak suka?” balas sahabatnya

“tak adalah, Cuma kita pelik.. semua kawan2 yang lain panggil kita dengan nama Ma .. tapi awak..........,” ayatnya tergantung disitu.

“Tapi apa wahai cik Alisya?” sambil tersenyum… hampir2 tenggelam matanya..

“ APEK” hahahhah… ketawa Alisya pecah..

Hanya itu kenangan terakhir mereka, setelah habis SPM ..mereka membawa haluan sendiri.. dah pada hari terakhir di situ, Alisya terpaksa bergegas pulang dek kerana bapa saudaranya diserang Strok.
Hanya SMS pengirim dirinya..

“Apek, good luck Untuk result SPM…” –Alisya

“budak tembam, Thanks.. jugak.. J” - sahabatnya

Alisya tak tahu isi hati “sahabatnya” namun, Alisya yakin dengan isi hatinya.. dari tingkatan 3 lagi dia sudah terpaut pada peribadinya.. namun , dipendamkan isi hatinya itu.. kerana dia tidak mahu merosakan nilai persahabatan yang sedang terjalin..

bersambung........ 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...