Powered By Blogger

Followers


Thursday, December 30, 2010

"hadiah" dari ibu............:)



Petang yang hening itu……………… terlihat kelibat sepasang adik beradik sedang berbual….. sambil si adik  santai dipangkuan si kakak…… mereka bergurau senda…… terlukis garis-garis kegembiraan disitu… usia mereka tak jauh bezanya….. si kakak hanya 2 tahun lebih dari si adik… dek kerana itu… mereka begitu akrab…. Segala suka dan duka dicurahkan bersama…. Apabila si adik menangis…. Si kakak turut tersedu…. Apabila si kakak ketawa…. Si adik turut tersenyum simpul……….begitulah manisnya kisah mereka………… sentiasa segar mekar…….

Si adik mula berbicara…….
Adik:  akak…… pernah couple??

Kakak: pernah dan tak pernah…….(balas kakaknya sambil tersenyum…)

Adik: hah ??? tak pahamlah akak…… (jawab si adik seraya terkejut…)

Kakak: emmmmmmm………. Sebagai insan nan fakir…..akak pernah dimiki…. Dan memikili…. Tetapi itu semua masa silam................. dik

Adik: apa maksud akak itu masa silam?? Tidak kah bahagia apabila kita dimiki… dan memiliki… (timpul urat2 berkerut didahinya)

kakak: yer…….. dik……. Pasti bahagia……… (balasnya sambil tersenyum)                                                             tetapi ………………     (terkaku di situ….. tak mampu meneruskan kata-katanya..ditahan sebak didada)

Adik: tetapi apa kak??? (rasa ingin tau membuak-buak lantas melihat linangan air dimata cernih akaknya)

Kakak: cinta insan tak seindah cinta illahi….. dik………..akak mengenal cinta insan dikala akak belasan tahun…. Diwaktu jiwa remaja memberontak ingin mencuba…. Disaat hati ingin memiliki dah dimiliki…. Indahnya…. Tak terperi…. Namun…………cinta insan bersifat sementara………… tiada yang kekal…. Disaat itu………..akak seperti putus harapan……… hidup berhujankan air mata….. hampir-hampir tersungkur dik…. Tetapi………..alhamdulillah……."hadiah" seorang ibu…. Mendamaikan hati yang bergelora…….

Adik: hadiah??? Apa yang ibu dah bagi pada akak…………..( sekali lagi dahinya berkerut)

Kakak: yer……… hadiah……..hadiah yang amat bernilai………. Tak mampu ditukar ganti…. Sekarang akak nak wariskan ia pula kepada adik……… sebab dah sampai masanya…. Adik harus memilikinya…. (balasku seraya tersenyum………. Manis menampakkan lesung pipit di kedua pipiku..)
Bergegas diriku menuju ke arah kamar……… seketika kemudian…. Sekembaliku bersama sesuatu ditangan kananku……..

kakak:  nak dik……..sekarang dia milik kamu……….. ambiklah……….. (sambil tersenyum……dihulurkan kad kecil berbentuk hati kepada adikku)

adik: terima kasih akak………… (menyambutnya… sambil terpinga-pinga…. Teka-tekinya masih tak terjawab)

kakak: buka lah dik………… selamilah isi dalamnya……. (bait-bait kata yang terukir disitu…….. diperkemaskan lagi dengan tulisan ibu yang rapi……..pasti mendamaikan hati setiap insan yang membacanya………… pasti adik akan melalui perasaan yang sama dirasaiku 5 tahun lalu )

Adik: baik lah kak……………..(dibacanya perlahan……………..hingga bait-bait kata yang terakhir………. seketika……………. Mengalir laju air matanya………… membasahi pipi gebunya……)

Kakak: sekarang akak……….. harap………. Semua persoalanmu terjawab……… insyaAllah…..(sambiku… tersenyum………..seraya pipiku…. Dibasahi air mata kegembiraan…)

Adik: akak……….terima kasih atas “hadiah” ini…………… (sambil……dipeluk eratku…….kami dihujani air mata rahmat………. Alhamdulillah…….. Ya Allah…….)


~~~karya asliku risma wani, semoga bermanfaat~~~
                 


gadis idaman.... insyaAllah..........:)


by Zakiah Nazuki on Thursday, 30 December 2010 at 01:36
gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
dia lah puteri indah RUPAWAN

tika gadis lain sibuk menghiasi diri
dia hias NUR ILAHI pada wajahnya
tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
die selesa bersama CINTA-NYA
tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA
die tekun dengan Bait kata TUHANYA
tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba

gadis itu seperti MAWAR BERDURI
indah dipandang namun sukar DIPEGANG

mulianya kerana KETAQWAAN
cantik kerana keperibadian AKHLAK MULIA
kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN.

Wednesday, December 29, 2010

solat...........:)

Dibelit Ular Hitam!

by Kempen Aurat Saya Maruah Saya! on Wednesday, 03 November 2010 at 20:57
بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...