Powered By Blogger

Followers


Friday, March 11, 2011

warkah buat kembarku....

Assalamualaikum….
           Warkahku buatmu  si kembar….

Adik…. Jangan buat macam tu….. 
adik… tak boleh lah macam ni…..
Adik…. Kan akak dah pesan jangan                                               main macam ni lagi…..
Adik…. Nak akak report kat ibu???

Semenjak kecil lagi….daku bersikap mengawasi…..kekadang….sikapku tak ubah seperti seorang ibu….yang mengawasi gerak-geri anaknya..…. maafkanku sayang.. bukan niat ku…. Mengawasi setiap sudutmu… namun ku terpaksa…. Warkah ni kucoretkan buatmu kembarku…. Kembar yang berbeza rupa… perangai… dan… juga usia… J

Kembarku……..
Kakakmu ni mengerti…. Betapa bosannya dikau melayan kerenahku…bilamana semua perbuatanmu diawasi.. dan kadang-kala ditegahku….maafkan daku sayang….. kupendamkan segala persoalan yang bermain diminda kecilmu… kerna ketika itu… kau belum mengerti… namun kini…. Akan ku luahkan segalanya… kerna usiamu bakal mencecah 18 tahun pada 25 ogos nanti…. Sebenarnya… kakakmu ini turut menangis…apabila melihatmu menitiskan air mata…. Kerna itu.. kakakmu ini sentiasa mencegahmu..


Ada ketika… ku melihatmu menagis

 disudut kamar…. Lalu daku beredar meninggalkanmu…. Sedarlah adikku…. Kakakmu ini turut mengalirkan air mata..disaat titisan airmatamu mengalir…. Maafkanlah kakakmu sayang… tak mampu mengubati luka dihatimu..

Masih lagi dikau ingati “tegahanku”
“adik…., jangan gatal-gatal nak couple lagi masa belajar ni..”

Sewaktu dikau pulang dari mengambil keputusan PMR mu…. Ku mengerti riak kecewa di wajahmu sayang….


 Walaupun.. dikau berpura-pura senyum dengan
7A 1B yang kau perolehi….maafkan lah kakakmu ini sayang… tak mampu menceriakan hatimu saat itu….

        Masih lagi dikau ingati “tegahanku”
“adik janganlah asyik nak main-main jer.. PMR dah nak dekat ni..”


Ku menerima panggilan darimu…


 suaramu berbaur ketar….hatiku sebak mendapat khabarannya… ketika dikau berdegil meninggalkan rumah pagi tadi…. Tetap dengan pendirianmu… akakmu ini tak mampu lagi menegahnya….. ku biarkan sahaja dikau menunggang motosikal…sedangkan ketika itu…kau baru berjinak-jinak dengan motosikal….dan ku memahami sikapmu yang agak cuai… dan akhibatnya… 
parut di kakimu….

            Masih lagi dikau ingati “tegahanku”
“adik…. Jangan ngada-ngada nak keluar rumah sorang-sorang" 

p/s: mengertilah dikau akan setiap tegahanku..... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...