7/9/2011
(Rabu)
Dicapai
lalola di tepi katilnya..
7/9/2011
Mak, kak Ngah letih sangat2 minggu
ni, tapi yang paling letih adalah. “letih perasaan” entahlah mak… dah memang
perangai kak Ngah macam ni.. tak pandai nak sorokan air muka ni… walaupun kak
ngah dah try senyum.. tapi kak ngah hanya mampu hadiahkan senyuman hambar… kak
Ngah tak nak sedihkan mereka yg disisi.. berduyung2… dugaan datang mak.. Allahu
akbar..L
p/s: hanya pelukan mak mampu
meleraikan kehibaan ni L
sambil
tangannya menyapu air mata yang mengalir.
“Ya Allah, kuatkan
alisya…” “Ya Allah, kuatkan alisya…”
Hatinya merintih
hiba,
Alisya diperhatikan
Efa dan Lia disudut katil tanpa disedarinya dari tadi.
mereka turut
menyambut kesedihan sahabatnya… namun, dibiarkan sahaja si Alisya disitu tanpa
disapa.. dibiarkan angin malam menyapu muka sahabatnya itu.. itulah rutin
sahabatnya disaat kesedihan menjemputnya..
Alisya
seorang yang kuat, malah dialah yang menjadi kekuatan sahabatnya dikala mereka
dilanda kehibaan…
namun, entah apa masalah yang membelenggu sahabatnya kali
ini.. kelihatannya Alisya tidak begitu riang seperti biasa.. senyuman yang
dihadiahkannya juga hambar… malah hilang gelak tawanya diruang kamar itu..
dia
seperti orang yang kalah dimedan peperangan… semangatnya juga turut tenggelam
bersama kesedihannya…kebiasaanya mereka pasti tak kering gusi dengan lawak si
Alisya..
niat hati mereka ingin bertanya, namun setiap kali dia ditanya..pasti hanya senyuman sebagai jawapannya..
jadi
mereka biarkan sahaja Alisya menyelesaikan masalahnya.. pastinya Alisya lebih
matang dalam menyelesaikannya.. dan yang pasti si Alisya bukannya orang yang
mudah mengaku kalah..
dia pantang menyerah, meskipun halangan yang dihadapinya
mampu melumpuhkan semangatnya… itulah yang membuatkan mereka kagum dengan
Alisya.. kerja-kerja yang diamanahkannya , tidak pernah terabai.. dia tidak
gemar menangguhkan setiap kerjanya… didahulukan mana yang penting.. meskipun,
kadangkala melihat kepenatan tergambar pada wajahnya.. namun, dia menghabiskan
setiap kerjanya dengan
senyuman.. penatnya hilang bersama tanggungjawabnya..
Alisya,
berjalan perlahan kearah mereka.. dengan senyumannya.. disembunyikan
kesedihannya..
“Lia, Efa…
lapar tak?” sapanya.. lembut
“hahhahahah….”
Mereka menyambut soalannya dengan ketawa..
Mana tak nya…
satu perangai Alisya yang tak kan pernah berubah.. kesedihan tak mampu menghilangkan
seleranya….alahai, si Alisya ni..
Kelihatannya..Alisya
sepertia biasa.. tak pernah meninggalkan buku catatan hariannya… “Trans formers”
pmberian sahabat baiknnya Izrien..
Dicatat sesuatu
di situ..
TASK for TOMORROW…8/9/2011 (khamis)
|
Bersambung………